· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, February 15, 2006

Tragedi

10th Feb 2006 - Friday

Petang, dalam pukul 4.15pm, aku terima call dari hubby mengatakan yg kemungkinan besar kami akan balik kampung selepas kerja. Aku rasa macam ada sesuatu yg tak kena, then I asked him what had happened.

Then the story pun begin....

mak mertua aku terlibat dalam kemalangan jalan raya. According to him, mak & bibiknya tak de apa-apa.... lega rasa hati... ingatkan kemalangan biasa je...and this is the conversation between me & hubby over the phone...

Me : Dah tu mak cammana?
Hubby : Mak tak de ape2.. bibik luka sikit je. Keta masuk dalam parit.
Me : Astaghfirullah....Org yg accident tu ?
Hubby : Sorang pergi hospital. Sorang lagi tak.
Me : Ha? Sorang lagi tu tak cedera ke?
Hubby : Tak... sorang lagi tu tak yah gi hospital dah sampai bila2.....
Me : (puzzle)...ha? ninggal kat situ ke? Astaghfirullah....
Hubby: Hmmm.

Bila dia cakap macam tu, baru aku tahu yg accident ni bukan sembarangan... this is serious case. Aku dah panik gila, aku rasa mak mertua aku sure lagi beribu kali panik, sebab dia dah langgar org tu sampai mati & lagi, pada siapa dia nak mengadu, anak2 semua tinggal jauh2...

I returned call to hubby, ajak dia balik sekarang juga. Tak payah lah nak tunggu habis office hour. Kg tu jauh , kesian mak sorang2 kat sana. Apa jadi kat dia pun kita tak tahu. My boss pun let me leave early.

After packing kain baju, ambik kanak2 tu dari taska, terus balik kampung. Hujan lebat sejak dari office, sampailah ke kampung. Sampai kampung dalam pukul 9.30pm. Kami org yg terawal sampai . Masa tu mak ditemani oleh sahabatnya yg datang dari kampung bersebelahan. Baik sungguh hati sahabat mak ni, namanya cikgu zarina. Dia bawakkan lauk pauk utk makan malam mak & bibik. Siap tolong masakkan nasi lagi. Jasa dia takkan dapat kami balas dengan wang ringgit.

Sesampai je aku kat muka pintu, mak terus peluk aku. Mak nangis . Aku sebak. Aku pun nangis sama. Mak nampak ok. Tak cedera, tapi trauma. Lepas tu bila aku bersalam dengan bibik, bibik pun peluk aku. Dia pun nangis. Aku pun nangis lagi...

Selepas tu satu persatu adik beradik yg lain balik. Akhirnya lepas bercerita, kami tidur dekat pukul 2.00 pagi.

According tu mak & bibik, they are on the way nak pergi kelas. Sampai kat tempat kejadian, tetiba ada motorsikal melintas. Nasik dah jadi bubur, Dia tak sempat brek lagi dah, but dia mengelak sampai masuk parit. Nasib baik parit tu tak de air. Kalau ada air, aku rasa both of them dah jadi arwah hari ni.

Motosikal ni dipandu seorang remaja perempuan bersama adiknya yg dalam perjalanan ke sekolah tambahan. Ditempat kejadian, saksi mengatakan, motosikal tersebut tidak berhenti, main terus je keluar dari satu simpang. Maka budak remaja ni terpelanting keatas windscreen kereta mak setelah perlanggaran berlaku. Windscreen tu pecah berderai, membuatkan mak memejamkan mata & terus pegang stereng kereta tanpa arah. Sedar2 keta dah ada dalam parit yg kering airnya. Tinggi parit tu dengan jalanraya tempat kejadian ade la dalam 10 kaki.

Mak & bibik menggigil. Ade org kampung yg tolong menarik mak keluar dari parit tersebut. Org tu terus membawa mak & bibik ke balai. Mak tak sempat pun tengok macammana rupa budak yg malang tu. Bila org mintak kain dari mak, baru mak sedar yg org tu meninggal. Astaghfirullah. Sampai balai pun, polis tak boleh nak ambik report. Sebab mak asyik nangis terkenangkan apa yg terjadi. Semuanya diluar kawalan dia. Dah berpuluh tahun dia memandu, tetiba jadi macamni. Satu kenangan yg pahit diakhir2 sisa hidup dia yg pastinya akan dikenang sepanjang hayat. Akhirnya police report terpaksa ditunda utk menenangkan emosi mak.

Berdasarkan dari congakkan aku yg tak bertauliah ni, kesilapan besar terletak pada remaja yg meninggal dunia ni kerana :-

1) memandu tanpa lesen

2) tidak memakai helmet

3) melintas tanpa berhenti

4) tidak mahir menggunakan motosikal yg ada clutch. (pinjam jiran punya)

Tapi apa2 pun jua, yg paling penting & kita sedari sebagai org islam, semua ini adalah ketentuan Ilahi, janji Allah telah sampai dan sudah ajal dia begitu rupa. Kita tidak mampu berbuat apa2.

Aku bersyukur mak selamat, tapi pada masa yg sama, aku turut bersedih diatas apa yg terjadi.

Semoga Rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org2 yg soleh. Amin.

Al-Fatihah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home