· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, February 27, 2006

Tak De Kerja & Ade Kerja..


Mensyuarat Dinasour2 Semalaya
Originally Upload By : SJ
Bila Tak de kerja, inile dia kerja x de pekdah
yang aku dah buat last weekend.
Agak2nya, apelah yg sedang dibincangkan
oleh dinasour2 ni kan?

Last weekend which is last 2 days, hubby pergi kerja walaupun dia tak kerja hari saturday. Musim sibuk dia dah datang lagi... nampaknya aku ngan anak2 dok kat rumah buat aktiviti memasing....

Sunday - 26/2/2006

Ada aktiviti memasak bubur asyura kat surau dalam kawasan rumah aku. Hubby kata orang pompuan pun boleh datang. Teringin juga nak tengok camne gayanya masak bubur asyura ni. Aku tak pernah masak sendiri bubur ni. Makan tu, berpuluh2 kali makan dah... mak masak. Sendiri masak, tak pernah cuba lagi.

Sepatutnya gotong royong ni start pukul 9.00 pagi. Aku pergi pukul 10.30 pagi selepas selesai semua aktiviti mengemas rumah & menyidai baju. Aku ingat , tak ramaile kaum ibu yg datang. Sekali tengok, mak ai... ramainya... aku antara peserta terlewat yg datang. Tapi masih ade ruang lagi nak menyempit & sempatle tolong carik2 kan daging utk buat bubur tu.

2 jenis bubur asyura telah dimasak iaitu utk selera utara & pantai timur. Sebelah utara biasanya buburnya manis, warna kelabu, ada jagung, carrot, ubi keledek, kacang tanah, kacang hijau dan pisang. Sementara sebelah oantai timur pula, berempah, ada daging dan mungkin masin kot... aku tak berapa suka style pantai timur, sebab rasa dia & bau rempah dia tak best. Mungkin sebab aku ni org utara kot.

Mak2 sibuk potong memotong bahan mentah, pak2 eh sibuk mengacau bubur & kukur kelapa..anak2 eh , aku tengok seronok dok main sekor katak kat tepi longkang. Geli geleman aku. Diorang sikit pun tak takut...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home