· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, April 17, 2006

Tioman Trip - Introduction

Trip to Tioman Island yg asyik tertunda , akhirnya menjadi kenyataan pada 8th Apr'2006 . Hati jadi tak sabar2 dan excited beberapa hari sebelum kedatangan hari yg dirancangkan....
Destinasi pertama kami :- Kluang
Bertolak dari KL pada pukul 9.00 mlm (7th Apr'2006) selepas waktu kerja. Badan agak letih. Tapi DRIVER dilarang mengantuk.... co. driver & anak2, tidur nyenyak. Tapi disebabkan kesian kat DRIVER, aku banyak kali tertidur sambil bersengkang bijik mata, dan acapkali juga, bercakap dalam tidur.... melayan DRIVER bercakap... takut dia ngantuk, tapi sebenarnya aku yg ngantuk terlebih dahulu.. hehehe... First time ikut Guthrie Highway.... Mak ai, kejap2 toll, kejap2 toll... tak malu betul asyik mintak duit orang... walaupun RM1.00, tapi kerap sangat.. tak padan ngan jarak. Cost buat plaza toll tu lagi mahal dari duit yang dikutip.... Rasanya ade la 4 plaza toll kena berenti sepanjang "GUTHRIE HIGHWAY" tu....
Berenti ngombeh kat Ayer Kroh , melaka dalam pukul 11.30 mlm. Lepas tu menyambung perjalanan ke Kluang. Sampai Kluang lebih kurang pukul 1.00 pagi. Check in, dan got surprise with the huge room with only RM65.00 . Ade bath tub lagi.... Standard 5 star hotel yang berharga 3 - 4 ratus kat KL ni.... Alhamdulillah...
Ingatkan bila dah check in nak sambung tidur, tapi tak leh... kanak2 yg dah puas tidur tu, dah segar bugar.... nak makan la pulak. Nasib baik aku bawak bekal Maggie mee. Malam2 pukul 2.00 pagi diorang melantak maggie mee dalam bilik. Selera pulak tu. Akhirnya lepas semua dah settle, dan terkulat2 melayan anis yg tak leh tidur, aku akhirnya terlelap pada pukul 3.00 pagi.... Kesian aku....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home