· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, April 18, 2006

Tioman Trip - Day 1

8th Apr 2006 - Saturday

Tioman Beauty Beach Resort - Kg Nipah





Alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke sini. Tak sangka kaki dah jejak Pulau Tioman. Tak pernah berangan pun sebelum ni nak kesini, salah satu pulau tercantik di dunia. Memang cantik pun. Tak dapat nak diucapkan ngan kata-kata...

Chalet kami berkembar 2 dengan chalet Kamal.
Walaupun kecil, cukup segala keperluan.
Banyak masa dihabiskan dalam air, bukan dalam bilik....

Walaupun bilik kami kecil, tapi cukuplah utk kami 4 beranak, ada 2 queensize bed . Ada aircond and it is a very basic homestay. TV pun tak de. Baguslah tak de tv, kerana tujuan kesini bukan nak tengok tv, bukan nak tengok cartoon (utk kanak2 riang tu), dan biarlah terputus dengan dunia luar. Aku suka begini, tak de teringat pasal kerja, jauh dari hiruk pikuk kota, jauh dari pencemaran asap & debu, malah signal hp pun tak de... Memang betul2 nyaman tanpa gangguan.
Chalet yg kami panggil rumah ni, terletak hanya 15 meter dari laut. Kalau Tsunami melanda, rumah kami agaknya yg pertama kena bedal. Tapi sebenarnya itulah keseronokkannya. Buka je pintu, rasa nak mandi. Selak je langsir, rasa nak mandi. Sesampai je kami dibilik, kesilapan pertama yg aku lakukan, memandikan anak2 aku, memakaikan baju bersih & letak bedak wangi2 kat muka memasing. Sebenarnya tu semua tak perlu, tapi aku belum tahu... maafkan aku ! Lepas aku mandi, aku dapati, anak2 aku dah ada dalam laut, mandi manda keseronokkan dengan baju yg bersih tadi, muka berbedak & rambut bersisir rapi... tu semua tak perlu sebenarnya kan.....hampeh ! buang air je....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home