· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, May 11, 2006

Anis Admitted To DSH

Bulan May ni baru berapa hari je aku bekerja. Boleh kira dengan sebelah tangan je.
~ 2nd May - waktu ambil anis kat taska, badan dia dedar. Moody pulak tu. Terus bawa keklinik. Masa tu ade ulser kat bibir dia. Dia komplen kata mulut dia sakit. Lps aku check, rupanya banyak lagi ulser dalam mulut dia. Kesian anis. Doktor kata dia di syaki mengidap HFM (hand , foot & mouth desease). Terperanjat aku. Camno boleh kena kat anis ni.... jangkit dari siapa ? Doktor suruh aku amik cuti jaga dia. Budak ni kena kuarantin. As long as dia minum air & susu, she will be ok.
~3rd May - aku cuti. Dok rumah jaga anis. Makan langsung tak mahu. Buka mulut pun tak mahu. Cakap pun dah kurang. Bibir dah bengkak. Ade sikit kat lidah baru nak tumbuh. Sian sangat. Lepas aku paksa makan nasi bubur, dia hanya makan 3 suap, tu pun seciput je...
~4th May - aku & hubby cuti. Hubby cuti buat ape ntah. Aku kata tak payah, aku boleh handle, tapi dia nak juga cuti. Akhirnya bawak anis pergi settlekan beberapa urusan . Sian budak tu kena heret sana sini. Padahal susu, air & makan langsung tak nak. Selepas tu baru kami rasa bersalah yg amat sangat bawa anis keluar. Budak tu dah lah tak de tenaga. Mama & Babah nyesal sgt2 anis. Sorry !
~5th May - pagi2 aku & hubby dah bersiap sedia nak bawa anis ke Hospital. Tak boleh jadi budak ni, berapa hari dah puasa ni. Minum susu pun tidak. Bercakap pun tak nak. Tapi dia aktif. Aku hairan juga, dari mana dia dapat sumber tenaga ? Kami terus ke Damansara Specialist Hospital utk rawatan & semasa rawatan doktor, aku memang minta doktor tahan anis di ward utk masukkan drip. Kalau tidak, tak tahu apa nak jadi. Dah 2 - 3 hari tak bercakap. Buat sign languange pulak bila nak apa2. Mulut langsung x nak buka. Tapi doktor & nurse suruh, elok je dia buka luas2.. Bila aku suruh, dia tak layan...
First time anak aku masuk spital. Dah lah masuk spital, kena kuarantin la pulak. Doktor suruh duduk bilik sorang, tak boleh share. Takut jangkit . Bilik pun luas sangat. Cukup lah utk anak aku main kejar2 keliling bilik tu bila abang dia datang melawat nanti. Hari ni dia letih sangat. Malam dia start makan nasi bubur dengan seleranya selepas kakak nurse dropkan ubat kat mulut bagi kebas.
~6th May - Tok , wan & embah anis datang melawat anis kat hospital dengan babah & abang faiz. Dah 2 botol drip setakat hari ni. Nurse stopkan drip utk sehari & kemungkinan akan disambung balik . Hari ni anis sihat walafiat sebab ramai org datang melawat dia. Seronok main keliling katil sebab tangan dah tak kena tambat ngan wayar.
Hari ni anis dah boleh makan roti for breakfast & nasi keras for lunch. Syukur... ade tanda2 dia dah nak sembuh. Tak ngadu sakit mulut dah. Aku bagi dia minum glukos banyak2 . Malam, Mujahid (boyfriend anis) dengan parents dia datang menziarahi anis kat hospital. Meriahnye anis main dengan mujahid. Macam org tak sakit. Riuh rendah bilik. Kalau nurse tahu, mesti kena halau balik. Sebab bising sangat. Mujahid bawakkan anis belon & biskut. Baiknya boyfriend anis ni.... hmmmmm...
~7th May - Malam tadi sebelum tidur, nurse masukkan lagi sebotol drip utk anis. Tangan anis kena tambat semula. Menjelang pagi, drip tu pun habis. Dan selepas doktor buat rondaan waktu pagi, anis disahkan sembuh & boleh balik. Alhamdulillah. Syukur sangat. Sepanjang aku kat spital, siang malam aku berdoa supaya Allah sembuhkan anis secepat mungkin. Aku kesian tengok dia menderita. Akhirnya Allah makbulkan. Disaat2 begini, barulah aku terfikir. Mungkin inilah hikmahnya kenapa Allah belum nak kurniakan aku baby... kalau aku ade baby, dan anis pulak kena masuk hospital macam ni, kena kuarantin pulak tu, siapa lah yg nak jaga anis & baby tu. Barulah aku faham, semuanya ketentuan Allah. Allah maha mengetahui atas apa yg akan terjadi.
Dari pukul 11.00 pg sehingga pukul 4.00 ptg, aku & hubby serta anis & faiz menunggu dalam bilik utk proses discharge tersebut. Hospital yg charge mahal giler ni rupanya lembap giler juge. 4 jam aku tunggu, Perut pun lapar belum lunch. Nak bawak anis keluar makan , tak boleh. Cafe pulak tutup, sunday.... So, tahan je lah. Sabar banyak2. Dah berapa kali hubby tidur, bangun, tidur , bangun , tapi tak siap2 lagi proses. Nurse tu kira bill tu pakai jari agaknya... calculator rosak...
Akhirnya pukul 4.30ptg baru aku & keluarga berjaya meninggalkan hospital tu. Masa nak bayar bill, terkezut beruk gak. Tapi nasib baik company cover. 2 hari anis kat situ, 2 riban hospital tu charge.

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Syukur Anis dah sihat, lama tak menjengok ada berita tak baik pula kat sini, Am pun risau juga bila anak Am batuk2 ni, sekejab ok sekejab datang balik, nasib baik pergi klinik dc kata tak ada apa2

16/5/06 11:42 AM  
Blogger Selipar Jepun said...

Thanks am. Semoga anak am pun cepat sembuh.

16/5/06 1:45 PM  
Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah anis tak apa2. sape la tak risau kalau anak2 sakit, bole kecut perut dibuatnya

nasib baik company cover, btw anak2 akak dah ada takaful? i can give free consultation about that. ye la sebelum jadi apa2 better bersedia

kalau akak berminat, bole call me @ 013-7708355 atau email me noha_mdsupian@yahoo.com

17/5/06 10:24 AM  

Post a Comment

<< Home