· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, May 10, 2006

Ade org dapat kereta baru...


Bertuahnye seorang ibu yang mempunyai anak ramai. Masa anak2 kecik dulu, mungkin susah sikit nak handle. Banyak kena berkorban. Ditambah lagi dengan beban kerja. Tapi bila anak2 dah besar, dah bekeluarga, dan bekerjaya dan berjaya, jasa seorang ibu yg tidak ternilai tu dibalas dengan kebaikan demi utk kesenangan ibu mereka....
Bertuahnya mak mertua aku yg mempunyai anak2 yg begitu sayangkan dia. Kasihkan dia. Dan sentiasa mengambil berat hal ehwalnya selepas ketiadaan bapa disisi.
Bertuahnya mak mertua aku kerana menjadi orang pertama di kampungnya yang "memiliki" Kelisa Imago keluaran terbaru perodua.

Sebenarnya beliau sudah mempunyai kereta sendiri. Tapi lepas accident haritu, beliau berhasrat utk menjual kereta tersebut kerana fobia & teringat2 peristiwa itu bila beliau memandu. Utk itu, anak2nya bersepakat utk membelikan kereta baru buat sang ibu, supaya kenangan hitam & rasa bersalah itu dpt dilupakan.
Dalam keseronokan dapat kereta baru, beliau memberi sedikit komen... hmmmm....

"tak boleh bawak laju la kereta ni... bawa laju sikit, rasa macam nak melayang..."
dan anak2 kata : "memang itulah tujuannya... tak bagi mak bawak laju2...."
hampeh !

Mak mertua aku kata dia dah turun darjat... dulu pandu wira 1.5 cc. Sekarang anak2 belikan keta 1.0 cc. Sepatutnya beli keta 1.6cc.
Apa2pun, tahniah mak kerana dapat keta baru.. Bersyukur sangat kalau aku dapat anak2 yg begitu. Hari tu aku ambik kereta tu dari bro in law utk dibawa balik ke kampung. Sebelum mak merasa naik keta tu, aku dah test drive dulu. Memang lain betul rasanya. Kalau dah biasa bawak kereta berat , tetiba bawak keta kecik, rasa semacam je. No wonder mak komplen...
Masa aku balik rumah, habis jiran2 tahu aku bawak balik kereta baru & heboh konon itu kereta no.2 aku. Banyakla duit aku nak pakai 2 kereta. Kereta sorong mampulah nak beli 2 atau 3...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home