· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, May 16, 2006

Entry Hari Ni...

Happy Mother's Day - 14/5
Selamat hari ibu buat semua ibu2 sedunia. Semoga hidup kita diberkati, dirahmati & dihormati. Walau org lain tak hormat, tak apalah asalkan anak2 kita hormat kat kita. Biarlah org lain tak menghargai wanita yg bergelar ibu , asalkan anak2 kita menghargai setiap pengorbanan ibu mereka.
Malam tadi ada perkara yg kelakar yg membuat aku ketawa sendirian.
Me : Faiz, ada tak teacher suruh faiz buat kad mother's day kat sekolah?
Faiz : tak de... lambat lagi ma... teacher belum suruh lagi...
Me : Lambat lagi ? Dah lepas la.... hari ahad lepas...
selamba je dia kata lambat lagi.. tahu ke dia , bile sebenarnya hari ibu tu ?

Merokok Memburukkan Akhlak Wanita
Sabtu lepas ,masa aku sedang sedap bersarapan dengan anak2 & suami di sebuah restoran Ali Maju, ade sorang pompuan bertudung berjaya memeranjatkan aku. Ape lah nak jadi kat budak2 zaman sekarang ni.... baik tak payah pakai tudung, kalau perangai tak senonoh. Buat malu je. Org yg bertudung tu hisap rokok seenaknya. Orang yang tak pakai tudung tu, elok je tak hisap rokok....Duduk semeja. Sedap je dia sembur asap rokok tu kat muka kawan dia yg tak merokok ni... semoga mereka mendapat hidayah sebelum terlambat. (ade ke bakal2 mak mertua yg nak atau teringin bermenantukan pompuan camni?)

Lepas Geram Episod tak tau keberapa....
Ahad lepas aku keluar bersarapan dekat medan berdekatan rumah aku. Dah biasa kat situ, semua sistem order sendiri. Jadi lepas aku dapatkan tempat duduk utk anak2, aku pun pergi meninjau gerai2 yg ade utk pesan makanan & minuman. Makanan yg aku order, dah sampai awal2 lagi. Lepas tu hubby punya. Mana makanan anak2 aku ni ? Roti canai letak susu 2 pinggan tak sampai2. Aku pun sabar lagi, tunggu punya tunggu, aku bangun & ingatkan budak yg ambik pesanan aku tadi. Kira macam re-order sebab memang sah, belum buat. Kes lupa daratan lah ni...
Lepas dah sampai roti canai, air tak sampai2.... makan macam nak tercekik, 2 kopi ais & 1 milo ais, tak juga kunjung tiba. Akhirnya budak tu datang membawa dulang air ke meja kami. Dia bagi 2 milo ais. Dengan muka masam mencuka, dengan perkataan "NAH" seumpama mak tiri mencampakkan pakaian kat anak tiri lagaknya. BAGUIH DOK ADA PUNYA LAYANAN . Dah lah hantar order yg salah, marah kat kite la pulak...Kerana malas nak menunggu lebih lama, terima je lah 2 milo ais tu walaupun order yg asal 2 kopi ais. Tunggu lagi macam nak rak, kopi ais tak sampai2. Sambil menggerutu , aku komplen kat hubby.
Me : Elok nya layan customer mcm tu. Kalau boss aku la nampak kite buat mcm tu kat clients, mampus kena pecat on the spot.
Hubby : hmmm. Nak kerja ke tak nak kerja ?
Me : Stress kot... underpaid. Kerja banyak tapi gaji kurang.
Hubby : It's not the problem. Cari le kerja lain. Kalau nak kerja, buatle betul2.
Bengang, hati dah panas. Lama2 kakak yg jual nasi lemak depan meja kami pun perasan yg kami menunggu sesuatu yg tak kunjung tiba. Dia pulak yg datang ambikkan order & bagitau kami, gerai tu memang selalu bermasalah. Diorang selalu lupa apa yg org order.
Hampeh !
Moral of the story :-
Kalau dah kerja pun namanya pelayan, layan betul2. Kalau tak nak layan, jangan kerja sebagai pelayan. Aku bengang betul dengan org yg tak bersungguh2 dalam membuat sesuatu kerja. Kalau setakat hangat2 tahi ayam, baik tak yah kerja lah... balik kg tanam jagung...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home