· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, May 29, 2006

Updates on Ex - Babysitter

Hari ni aku tergerak hati nak telefon suami kepada ex-babysitter aku yg terlibat dalam kemalangan & koma selama 10 hari pada 2/12/2005 lepas. Diam tak diam, dah setengah tahun perkara tu berlalu.


Niat dihati , nak tanya khabar seminit dua… tapi berlalu selama hampir 20 min. Bukan panjang sangat cerita sisuami, tapi org dalam kesedihan…cerita pun slow motion. Sabau je lah….


Mengikut kata suaminya, keadaan isterinya kini hanya pulih 60% sahaja. Banyak kecacatan yg rasa2nya kekal, dan mungkin tak dapat dipastikan boleh sembuh sepenuhnya. Menurutnya, doktor sendiri tidak memberi apa2 jaminan & tidak dapat berbuat apa2 lagi keatas isterinya.


Dengan mata yg juling, dengan kaki yg tempang, dengan fikiran yg separa normal, dia pun bingung memikirkan nasib isterinya. Katanya, Isterinya kadangkala berkelakuan seperti budak umur 10 tahun. Kekadangtu, makan tersengih, duduk saja2 pun tersengih… macam org takde masalah .Dia kata bini dia dah tak betul…Kemana dia pergi, nak ikut. Even dia nak balik kerja di Pahang pun isterinya nak ikut. Pernah dia bawa balik isterinya ke Pahang selama sebulan, dek gara2 nak ikut sangat. Sekarang ni dia hantar isterinya balik semula ke rumah kedua ibubapanya di selayang. Hari2 isterinya telefon suruh balik ambil dia. Dia tak sampai hati nak bawa isterinya tinggal bersama, sebab hari2 katanya makan nasi bungkus je. Dia sedih kerana diri sendiri pun tak terurus, inikan pula nak uruskan isterinya yg sakit.


Aku sedih pulak bila dia meluahkan rasa kecewanya. Aku nasihatkan dia supaya bersabar dan tawakkal kepada Allah yg Esa. Kerana apa yg berlaku bukanlah atas kehendak sesiapa. Semua sudah ditakdirkan dan kita harus terima qada & qadar Allah.


Didoakan semoga Lin sembuh seperti sediakala & menjalani kehidupan seperti dulu …..Amin.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

sedih Am baca cerita dia ni SJ, semuga suami dia tabah dengan dugaan yang datang ini, hati am pilu sampai tak tahu nak tulis apa lagi ni

30/5/06 12:46 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Saya pun sedih juga Am. Dulu dia macam kita ni, sihat walafiat gelak ketawa, pergi sana sini sendiri sbb suami kerja jauh. Sekarang Allah dah tarik banyak nikmat yg dia dah bagi dulu.

Sama2 lah kita doakan semoga dia sembuh spt sediakala...

30/5/06 1:41 PM  

Post a Comment

<< Home