· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, May 24, 2006

Mother's Day en3



Aku rasa amat tersentuh bila membaca blog mak andeh at http://makandeh.blogspot.com/ mengenai Mother’s Day & lagu Aisyah yang mendayu2 , buat air mata aku bergenang. Apa yg dilalui Mak Andeh belum aku lalui lagi seumur hidup aku. Dan aku sering tertanya2 , mampukah aku melaluinya, tabahkah aku setabah Mak Andeh, dan aku tidak dapat bayangkan kalau semua itu berlaku dalam hidup aku….


Aku harap aku benar2 bersedia & redha kalau waktu itu tiba. Supaya aku tidak meratapi takdir. Supaya aku redha dan akur atas janji2 Allah. Supaya yg pergi dapat pergi menemui penciptanya dengan tenang.


Kalau ia terjadi pula keatas aku, aku juga berharap org lain tidak bersedih keterlaluan. Aku juga berharap mereka redha atas janji & ketentuan Allah . DaripadaNya kita datang, kepadaNya juga kita kembali.



Aku tidak pernah bercerita disini mengenai ibu bapa aku walaupun aku beruntung kerana masih ada mereka. Aku bersyukur kerana sehingga kehari ini, mereka sihat walafiat, masih bertenaga, masih kuat daya ingatan dan aktif kesana kemari . Mereka tidak menyusahkan anak2 diusia tua mereka.


Aku sememangnya tidaklah terlalu rapat sangat dengan mak dan ayah dan juga tidak pula renggang . Antara mak & ayah, aku lebih menganggap mak seperti kawan. Boleh bercerita apa saja. Tapi dengan ayah, segan sikit. Mungkin rasa hormat tu mengatasi segalanya, jadi tak berani nak cerita lebih2.


Aku tidak pernah memeluk & mencium kedua mak & ayah aku sebelum aku kawin dulu. Mungkin aku tak biasa & bukan amalan keluarga kami. Bila aku berkahwin dengan hubby, org lelaki yg pertama yg aku cium, tentulah Hubby. Lepas tu bapanya (arwah). Mula2 memang segan sangat2 sebab ayah sendiri pun tak pernah peluk cium, ini pulak pegi cium bapak mertua. Rasa semacam je. Tapi bila dah biasa, aku pun try practice kan didalam keluarga aku. Aku ingat lagi, aku cium ayah pada pagi raya waktu bermaafan tahun pertama aku kawin. Ayah menitiskan air mata sampai merah2 muka. Mungkin sedih sangat agaknya ataupun gembira. Aku pun lagi le sedih bila tengok ayah sedih. Acara bermaafan kalau tak de air mata, tak sah rasanya….


Masa kecik dulu aku ni budak baik. Tulang tak pernah patah. Pengsan pun tak pernah agaknya. Aku dengan kakak aku, beza usia Cuma 2 tahun. Pakaian kami hampir sama sedondon. Main pun bersama. Kalau ayah nak pergi mana2, mesti bawa kami 2 org. Kalau bawa salah sorang, baik tak payah pergi kedua2nya. Macam kembar je.


Ada satu perkara yg bermain dibenak aku. Sampai sekarang aku tidak mendapat jawapannya. Dulu , masa aku kecik2, ayah suka pergi rumah saudara mara sebelah malam. Aku dan kakak akan ikut ayah. Lewat malam sampai pukul 11.00 baru balik. Mak selalunya tak ikut. Yg menghairankan aku (sampai sekarang) , tetiap kali balik, aku kena sebat ngan lidi. Kakak aku escape unhurt. Tapi aku yg kena giler2. Mak aku dah tunggu kat depan pintu rumah dengan lidi tu. Aku sedih bila diingat2kan bende ni. Aku selalu kena sebat tanpa mengetahui sebabnya. Kalau mak marah aku ikut ayah, pukullah aku dengan kakak aku sekali. Kenapa aku yg sorang je yg kena ? Kalau mak marah ayah keluar malam2, pergi lah bergaduh atau Confront dengan ayah. Kenapa aku yg jadi mangsa.


Aku masih ingat, berbirat kaki mak kerjakan aku. Aku menangis meraung2 mintak ampun , tapi terus2 mak libaskan lidi tu. Aku sampai menangis tersedu2 , sampai tak nyenyak tidur malam . Biasanya lepas aku kena pukul, aku tumpang tidur kat rumah tok (arwah) aku. Rumahnya berhampiran je. Tok dah faham benar…. Dia tak kisah kalau aku tumpang tidur rumah dia.

Aku tak pernah tanya mak , kenapa dia rotan aku dengan lidi setiap kali aku balik dari mana2 . Mak pun tak pernah menerangkan kenapa dia rotan aku . Sampai hari ni aku tertanya2 , apa salah aku. Dan aku tidak akan merotan anak2 aku sebegitu rupa . Kerana aku tidak mahu mereka mengalami apa yg aku rasa. Dari kecik, sampai remaja, sampai dewasa & dah tua ni, masih mencari2 jawapan dan terkenangkan peristiwa tu. Aku sayangkan anak2 aku. Dan aku juga nak mereka sayangkan aku sebagaimana aku sayangkan mereka.


Masa aku remaja, aku tak berapa rapat dengan mak. Tambah2 lagi lepas SPM. Aku rasa mak semakin mengongkong. Apa yg aku buat serba tak kena. Itu tak boleh, ini tak boleh. Aku terlalu ikutkan darah muda. Pernah aku menunjuk perasaan dan membuat mak menangis. Kerana kekasih, aku sanggup melukakan hati mak.



Bila aku dah bekerja dan tinggalkan kekasih yg tak berguna tu (bukan hubby), aku mula pulang kepangkal jalan. Aku sedar diri aku siapa. Aku jadi anak yg baik semula. Aku mula rapat dengan mak semula. Aku menyesal sangat2 kerana pernah menyakiti hati mak.


Lepas kahwin dengan hubby, hubungan kekeluargaan kami semakin erat. Aku menganggap mak macam kawan aku . Boleh cerita apa2 pun tanpa selindung2. Mak is my best friend & always there for me. Aku mula menghargai mak & bersyukur kerana ada mak. Mungkin kerana aku sudah bergelar ibu, baru aku faham apa perasaan seorang ibu. Baru aku faham, macammana perasaan aku kalau anak2 menderhaka atau buat sesuatu yg menyakitkan hati. Aku semakin tersentuh. Dan aku rasa amat menyesal diatas semua perbuatan aku dulu.


Aku harap masih belum terlambat utk memohon ampun & maaf dari mak selagi hayat mak masih ada. Banyak sangat jasa mak yg belum aku balas & tak mungkin terbalas walaupun Allah panjangkan umur aku sampai seribu tahun. Mungkin aku tak mampu nak jaga mak sebagaiman mak menjaga aku dari aku lahir kedunia ini sampailah aku berkahwin.


Aku harap peluang utk aku membalas budi & jasa mak masih ada….


Happy mother’s day….

I love you mak…


SELIPAR JEPUN

1 Comments:

Blogger Mama Emmy said...

Naper ek mak hang pukul hang dgn lidi? Ko tak pernah tanya ke? Mesti ade sebab. Takkan dia sesuka hati pukul anak sendiri....

Ko tak tanya ayah ko ke? Sungguh hairan perilakunya....& baru sekarang aku paham your true character. Kengkadang I notice you will act 'violently' over small things.... now i know why!!!


Tapi aku bersyukur yang kau takde perasaan dendam kesumat terhadap perbuatan your mother ittew... Alhamdulillah, you manage to take it positively...

Ada sesetengah orgkan akan simpan perasaan benci pada maknya sampai mati kalau diperlakukan sebegitu!!!

Kirim salam aku kat mak hang no!!!!

25/5/06 12:15 PM  

Post a Comment

<< Home