· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, March 31, 2006

Lepas Geram lagi

Aku geram sangat kat sorang minah ni. Aku call dia tanya payment , dia cakap hold on. Aku pun hold on for 5 minutes. Tanpa hold on tone, aku tertanya2, wat pe la minah ni lama sangat. Check ape kebendanya lama sangat nih. Ak pun tak puas hati. Darah dah menggelegak rasanya. Aku pun letak phone, call again & ask for this minah. The receptionist said this :
"I'm sorry mam, she's in the meeting"
Wallau-weh... darah aku terus menggelegak sampai 200%. How can she put me on hold for so long & go for the meeting.
Kalau aku jumpa minah ni, aku kasi penampar jepun baru dia tahu. Suka2 mak bapak dia je nak buang masa org. Kalau ye pun nak gi meeting, cakaplah.. ni buat org tunggu lama2.
Aku memang bengang tahap cipan hari ni... Kalau aku tak ampun kan perbuatan dia tu, jumpa le aku kat akhirat nanti. Geram Betul. Diperbodohkan hidup2.

Thursday, March 30, 2006

Suamiku yang workaholic

3 Things I always told my self....
1) I always told my self to stop complaining.
2) I always told my self to appreciate what I have.
3) I always told my self to Thank God for what HE gave to me.
Stop Complaining about your work load wahai selipar jepun. Sebab kerja aku tak stress macam kerja org lain. Malam tadi I learn a lesson. When babah not return home overnight just for the sake of his very ultimate urgent work. Since aku kawin, this is the first time dia tak balik rumah kerana urusan kerja. At first, dia kata mungkin dia balik lewat. After 1.30am, bila aku call his hp, dia cakap dia tak balik.
Petang tadi dia kata : " tonight he must stay until muntah darah.."
Aku bersyukur kerana aku boleh balik pukul 6.00pm everyday. Weekend tak yah kerja. Kerja pun tak lah stress macam dia yg kena meet the dateline.
Pagi tadi aku kejutkan budak2 dari tidur, diorang tanya, babah mana ? Aku kata babah tak balik. Babah very busy at work. So hari ni aku terpaksa drive sorang diri pergi kerja. Pukul 6.45am dah keluar, belikan sarapan budak2 & terus pergi kerja. By 8.15am aku dah sampai office & menulis entry ni.
Masa beli sarapan tadi, jumpa nuar, one of our neighbour. Dia tanya mana fizz. Aku kata dia tak balik. Tercengang2 kawan tu.
Lepas tu dia kata , " Kalau tak kaya lagi, tak tahulah"
Today, babah off day setelah bersengkang mata perabih kerja malam tadi sampai tak tidur. Semoga babah mendapat rehat yg cukup hari ni kat rumah tanpa gangguan.

Tuesday, March 28, 2006

Semuanya Hampeh Belaka...



Few days before last weekend, aku dan hubby dah bercadang nak bawa budak2 tu pergi playground (tmn permainan kanak2) di KLCC. Dah lama tak pergi rasanya… dah dekat2 setengah tahun tak pun dah setahun tak pergi.

Pada hari ahad yg hening, dalam pukul 6.30pagi, kanak2 tu dikejutkan… siapa nak ikut, kena bangun… Dan yang paling syahdu sekali, hari tu hujan renyai2… hari ahad pulak tu… bestnye kalau dapat berselimut lagi kat atas katil. Tapi sebab dah janji ngan budak2 tu, ku korbankan segala kenikmatan duniawi tu … hu hu hu….

Setiba di KLCC, hujan masih lagi renyai2. Plan tak menjadi nampaknya. Cuaca tak mengizinkan utk budak2 ni ber “playground” hari ni… Kesian…

Kami pakai jaket masing2, hujan dah reda sikit. Tapi masih ade setitik dua disana sini. Aku ajak budak2 tu jogging satu pusingan. Anis kesukaan. Macam anak ayam terlepas reban….

Habis sekerat pusingan, kami shortcut ketempat playground yg dimaksudkan… alamak, dari jauh dah nampak “mak guard” tiup wisel serupa org sewel… rupanya playground tu ditutup…. Dikelilingi oleh tape putih merah macam kat dalam cerita CSI tu…


Masing2 tertanya2 kenapa ek? Penat je aku datang jauh2, bayar petrol mahal2, bayar toll lagi, tak dapat masuk.. tak dapat main kat situ. Sian anak2 aku yg berkorban bangun jam 6.30pagi , tapi semuanya hampeh….


Finally, kami proceed to our next destination. Babah nak sangat pergi Jalan Pasar kat Jalan Pasar…. Aku tak teringin sebab ramai sgt org, jln sesak & susah nak cari parking. Sebabkan babah nak juga pergi, aku ikut je. Memang susah nak parking. Last2 parking bawah jambatan. Meter Parking. Sebabkan haritu Sunday, takde le bayar parking. Bila balik dari merayap2, hampeh lagi sekali… keta kena saman.. ade surat cinta kat wiper keta. Macam hampeh kan… nasib baik tak mahal. Tapi still our money. Dan yg paling aku tak puas hati, hari ahad pun kena bayar parking ke?


Kesimpulannya, hari weekend kami sekeluarga minggu ni memang hampeh2 belaka. Satu pun tak de yg best !

Wednesday, March 15, 2006

Hari Yg Banyak Cengkadak...

Hari ni kat office aku banyak pulak cengkadaknye yang berlaku…. Selalunya taklah happening sangat. Tapi hari ni memang happening. Jejak je kaki kat cafeteria, ade satu member (dept lain) dah tanya aku soalan ni..


“ u know who’s bread is this”


Aku cakap aku tak tahu. Lepas tu aku tanya dia, why ?


“ This butter is mine. Who took it out from fridge and leave it here on the table overnight? Melt already..”


Sambil muka pun dah mencuka, dia cakap yg dia akan tengok, siapa tuan punya roti tu yg ambil dia punya butter tanpa kebenaran.


Sampai pukul 9.00am , sambil sarapan, sambil tunggu. Tak de pulak org nak tuntut roti ni….. Another girl from another dept pun sampai… dia kata itu roti dia. Then she took the bread & throw in the dustbin (maybe dah expired kot...). Then we asked her….


Hey, is that your bread? She said yes… somebody wants to eat her bread yesterday around 5.30pm. She gave to her, but then she didn’t know that girl leave it at the cafeteria. We asked her, Who is SHE referring to?


Then the lobang pecah already. Everybody knows who is the culprit…


Not long , the girl who is the CULPRIT walk in happily without knowing all the eyes staring at her.


Then the first girl (the owner of the butter) took the butter and throw in the dustbin.


It doesn’t matter if somebody wants to eat your bread or butter or your foods. At least, be polite & have a courtesy to ask for permission.


I think this is a big deal for woman but not for a man. Man does not care . But for woman, I think “perang dunia ke-3” pun boleh meletus….

Tuesday, March 14, 2006

Cerita Sedih.

Uji Rashid- Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu


Dalam dakapan senja
Kurenungi sinar matamu
Berat rasa melepaskan
Dikau pergi


Dingin hembusan bayu
Lemah longlai langkah kakimu
Lambaianmu kian jauh
Dari mata


( korus )
Malangnya...
Bencana menimpa
Kau telah pergi untuk selamanya
Tak kembali


Pada saat terakhir
Kumelihat paras wajahmu
Kau bisikkan
hanya sayang
Kepadaku...


ini adalah lagu tema salah satu cerekarama yg disiarkan di TV3 sebulan yg lepas. Aku dah lupa tajuk cerekarama tu. Syahdu sungguh jalan ceritanya. Norish Karman berganding dengan Helmi yg muka iras2 jamal abdillah. Agaknya dia tu adik jamal kot.

Dalam cerita ni, mereka sudah ditakdirkan tidak bertemu jodoh didunia. Walaupun pernah bercinta, tapi akhirnya Norish terpaksa kawin dengan lelaki lain atas pilihan keluarga. Kemudian bercerai. Helmi juga sudah berkahwin setelah ditinggalkan Norish, tetapi kemudian kematian isteri. Mereka meneruskan hasrat utk bersatu walaupun sudah berusia. Masih sayang antara satu sama lain. Takdir Allah siapa dapat melawan. Disaat bahagia baru mengikat tali pertunangan, cincin tunang dilarikan penyangak (pencuri). Maka setelah berlaku sedikit pergelutan, helmi menghembuskan nafas terakhir. Tak sempat pun nak diijabkabulkan.

Sedih sungguh cerita ni, menitik air mata aku tambah2 lagi bila dengar lagu uji rashid ni .

Terkenang waktu aku kecik dulu. Ikut mak aku pergi kenduri kawin kat rumah org. Masa tu aku suka duduk dalam bilik pengantin. Tengok pengantin cantik, buat aku suka. Kembang hati. Rasa tak sabar nak jadi pengantin, sebab pengantin tu cantik. Aku saksi terpenting waktu upacara membatalkan air sembahyang. Tambahan pulak, pengantin tu baru je di nikahkan beberapa minit sebelum itu. Aku nampak dgn jelas cincin tak dapat disarungkan kejari manis pengantin perempuan. Keadaan agak kecoh. Hanya masuk sekerat je. Memang tak boleh berbuat apa2 sebab tak muat.

Ade maksud tersirat disebalik yg tersurat. Keesokan harinya, kecoh sekampung, mengatakan pasangan pengantin tersebut telah meninggal dunia dalam kemalangan maut sewaktu dalam perjalanan menyambut menantu kerumah pengantin lelaki. Kayu balak yg dibawa sebuah lori terungkai dari ikatannya dan menghempap kereta yg mereka naiki. Sampai hari ni aku masih teringat2 saat cincin itu disarungkan. Jodoh mereka tak panjang. Hanya sehari saja. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mereka. amin..

Kerja...Kerja...Kerja....


Tadi aku baru je lepas sessi Mutual Feedback ataupun lebih "femes" dengan panggilan "APPRAISAL" with my boss. This is year end appraisal. Setahun diorang conduct 2 kali. So , kali ni kira yg gempak sikitle berbanding yg mid year. Aku rasa bukan gempak pasal apa, tapi gempak sebab dapat kerja dan tugasan baru yg lebih mencabar .

Appraisal - tak sah kalau tak tak dapat tugasan baru. Masa ni lah boss sibuk nak bagi kerja baru kat kita. Padahal, bila bercakap pasal "existing" work, adelah part2 yg dia komen kata tak sempurna, this & that still have to improve, find a time to settle the outstanding work lah, bla...bla... they realised that we feel sooo burden with existing work. They ask us to improve. We can Improve. But with the new task that they ask us to handle, do you think we can improve ? Aku nak cakap sikit lah kat sini sebagai melepas geram kat boss aku.. tadi tak dapat aku nak lepas geram sebab kena jaga tatasusila hidup KONON.... uwekkkk

Wahai boss aku yg gemilang, terbilang & cemerlang.
Aku ni nak berak pun tak sempat, kau nak suruh aku handle tugasan baru yg lebih mencabar, lebih committed, lebih segala2nya yg lebih lah.... Kerja yg sedia ada pun kadang2 aku keciciran tak sempat buat, ko bagi tugasan baru. Boleh aku katakan, yg dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran.

Wahai boss aku yg gemilang, terbilang & cemerlang.
Aku harap bukan sekadar kerja je yang bertambah. Lepas ni aku harap gaji aku pun bertambah. Supaya tension aku tidak terlalu bertambah. Buat kerja lebih, mestilah gaji pun bayar lebih. Kalau tidak, hampehlah.....

Monday, March 13, 2006

Cuti Sekolah

Hurray.... cuti sekolah datang lagi. kenapa aku yg seronok sangat, bukan aku yg bercuti pun. Yg bestnye time cuti sekolah ni , jalan tak jem. Smooth je. Kalaulah hari2 macamni....

March 11th, Saturday - Cuti sekolah pun bermula bagi faiz. Hari ni babah pergi kerja. Tak habis2 busy. So, aku bawa budak2 pergi playground. Dah berabad tak pergi kat situ rasanya. Unfortunately, rumput dah panjang, duri semalu dah tumbuh tinggi2. Mana pergi tukang mesin rumput ni... makan gaji buta ke? Akhirnya aku terpaksa pakaikan sport shoes kat budak2 tu takut terpijak duri. Tapi masalah lagi satu timbul, anis tak senang duduk bila dia asyik buang temucup (betul ke perkataan ni?) kat seluar dia. Dia tu nak jaga kecantikan & kebersihan je..main pun tak senang. Akhirnya aku tolong bersihkan seluar dia dari bunga temucup tu dan balik. main sekejap je.
Kami tak terus balik. Aku bawa budak2 ni pergi car wash. Dah berbulan rasanya tak basuh kereta ni. Dah bertenggek kat car wash tu hampir 1 jam, barulah licin berkilat kereta tu. Barulah nampak macam kereta... kalau tidak, tak tahu rupa ape...
Lepas tu singgah kedai lagi... kedai runcit fav. aku. Beli barang2 nak masak makan tengahari. Beli aiskrim utk budak berdua tu. Masak. Makan. Tidur. Dah petang.....
March 12 , Sunday - Seawal jam 7 pagi, babah ajak pergi breakfast kat luar. Hari masih gelap. Tapi itulah yg paling best, banyak bende boleh buat kalau kita bangun pagi2 & starts our day early in the morning. Lepas breakfast , balik rumah , jemur kain, basuh kain , gosok baju, mengemas beg budak2 . Sebenarnya hari ni nak pergi kenduri kawin kat Tg Karang. Kawan sepermainan aku kawin. Long lost friend la ni kononnya. Sejak dari sekolah rendah tak pernah jumpa sampai la hari ni baru nak tengok macammana rupa dia. Dulu2 aku kawan dengan dia masa aku kecik2 umur 5-6 tahun.
Lepas kenduri tu, aku pun pass kan askar2 aku ketangan mak aku utk dibawa balik kekampung. Budak2 ni excited kan main, sampai tak peduli kat mak bapak diaorang. Terus nonong je naik kereta nak ikut wan balik. Aku je yg sadis + sayu sangat nak lepaskan diorang pergi. Tapi terpaksa. Aku tak dapat meluangkan masa ngan diorang sempena cuti sekolah ni, hari2 balik malam je. Kesian pulak kat diorang, cuti sekolah memerap je kat taska x pergi jalan mana2. So aku bagi chance kat diorang jumpa sepupu sepapat kat kampung & main sepuas2 hati.
Balik rumah, terasa rumah begitu kosong, sunyi tak de suara budak2. Tengok bilik diorang pun boleh meleleh air mata & air hidung. Last2 aku tutup pintu bilik budak2 ni supaya aku tak nampak apa2 barang permainan diorang. Kenapa aku sayu sangat ?

Wednesday, March 08, 2006

Petrol Naik, Susu Naik !

Pemimpin Malaysia tak de hati & perasaan ke tengok budak ni?
Aku rela tak mengundi daripada memilih pemimpin yg menindas rakyat sebagaimana yg terjadi hari ini....
Harap2 tahun depan, paklah dan kuncu2nya jatuh tersungkur . Nasib rakyat tidak terbela . Janji manis hanya sebelum menang pilihanraya.

Tuesday, March 07, 2006

Rezeki Terpijak

Ni Nak cerita pasal rezeki terpijak sekejap @ durian runtuh sekejap aje... kenapa sekejap ? ade cerita disebalik kisah ni...

Last friday 3rd March 2006 -Evening
a friend of mine, went to the bank in Taman Tun to withdraw the money. There is a chinese woman inside the ATM room. So, he wait outside. He saw that woman took quit sometimes , He do not know what is she doing infront of the ATM.
Suddenly, that woman went out. At the moment he step in, he got shock, because ATM machine didn't welcome him like usual, but it is in the middle of certain transaction. May be the ATM is out of order, that is what he think .
He then try to play a fool. He pressed "WITHDRAWAL" , followed by "RM1000" and the machine make a sound like counting the money... he got shocked in his life when the money really came out RM1000.00 from the ATM. He do not know what to do, panic gila babas. Berpeluh jantan . He then balik rumah.
Mula2 tu fikir , apa nak buat. Tak dapat solution, then tanya jiran2 (kawan2) tempat dia tinggal. Ada yg advise suruh tanam dalam tanah lah (elok la tu, lepas tu malam2 dia pergi korek, dia pulak yg dapat duit tu... what a good advise from someone who called friend?)
Ada kawan yang suruh dia sedekah kat surau. Ada kawan yg suruh dia belanja sebab tu rezeki terpijak... and over the weekend, fikiran dia berserabut dengan berbagai persoalan & kemungkinan. Yang paling dia takut, polis datang ketuk pintu rumah dia dah tangkap dia masuk lokap. Kerana ATM tersebut dilengkapi dengan CCTV.
Then on monday morning (yesterday) when he met me in the office, he told me the incident & ask for advice. From my point of view, the money is still belongs to the card owner. I asked him to returned the card to the bank and ask bank to contact the owner. When the owner arrived, then only you pass the money to her. Don't ever give that money to the officer, can you trust him? I asked him.
So he sms me while he was in the bank yesterday, waiting for that chinese woman came to take back her card & money. When the person arrived, he sms me again, telling me that this woman really "MEROYAN" - (gila meroyan bagi org yg baru melahirkan anak).
She langsung tak sedar kad tertinggal, she like tak kisah duit dia dah dikeluarkan oleh my friend. She's like don't have any feeling. Memang patutlah kawan aku panggil org tu MEROYAN....
Then the jiran2 semua kutuk mamat ni sebagai "BODOH" sebab memulangkan balik wang tersebut kat empunya tuan. Kata mereka, itu rezeki engkau, kenapa engkau pulangkan. Siapa nak bagi RM1000 sekelip mata macam tu je... (hasutan syaitan ni... org bertanduk jugak, macam syaitan....)
Then he replied
" Allah sedang menduga saya. Kalau DIA nak bagi, 100 kali ganda pun DIA boleh bagi..." .
It is so true... mungkin kawan aku tu tak dapat duit tu, tapi pahala memulangkan duit tu & kad ATM org tu adalah satu pahala yg hanya Allah saja yg dapat membalasnya.
Itulah yg dinamakan rezeki terpijak sekejap. Merasa pegang duit tu, tapi bukan hak milik dia. Sekarang dia dah tenang setelah semuanya berakhir.
If this happen to you, what will you do?