· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, November 28, 2006

Happy Anniversary ...


Happy Anniversary To Us !

Terlalu banyak doa yg ingin aku panjatkan kehadrat Illahi, tapi biarlah aku sorang saja yg tahu & tak ingin berkongsi disini. Hanya satu yg aku rasa nak tulis disini, Bersyukur kehadrat Illahi kerana ikatan perkahwinan yg dibina 8 tahun yg lalu masih kekal bahagia hingga kehari ini dan aku harap biarlah ia berkekalan hingga ke akhir hayat kami.... Amin....


Update on Mother in Law

Dah lama rasanya aku tak update disini, sibuk sangat sejak dua tiga menjak ni.... kadangtu, bukan sibuk apa, masa tu yg makin cepat berlalu..
Last update pasal mother in law, doktor kata tak boleh buat kemo sebab mak dah tua. Tapi lepas tu, dirujuk ke HUKM, doktor disini kata boleh buat kemo pulak. Sejak mak menjalani kemo & radioterapi berselangseli, tangan kiri mak jadi lumpuh. Tangannya tak boleh digerakkan langsung. Mak rasa susah utk buat apa2 dengan sendiri. Semuanya perlukan bantuan orang seperti hendak pakai baju, hendak pakai telekung, hendak duduk & bangun pun payah sebab kaki mak dah tak kuat, tangan pulak mati sebelah. Kesian aku tengok mak.


Lately, kesihatan mak semakin teruk. Dulu walaupun sakit, mak masih boleh berjalan sikit2, duduk kat ruang tamu, menonton tv dengan anak cucu. Dulu mak boleh lagi duduk dalam bilik mengaji al quran mengisi masa lapangnya. Dulu mak boleh lagi keluar tengok bunga orkidnya , takpun tengok cucu2 main kat kolam ikan. Tapi sekarang , nak duduk & baring pun semuanya serba tak kena.

Mak menderita kerana kesakitan bertambah, setiap masa, sampai mak tak boleh tidur siang & malam. Mak makin kurus. Makan pun hanya sekadar mengalas perut, dalam 2 - 3 sudu nasi bubur je yg mampu mak telan. Aku terharu tengok keadaan mak. Bagi mak, dia sudah tidak berguna lagi kerana terpaksa menyusahkan org yg menjaganya. Kalau dia boleh buat semuanya dengan sendiri, tak adalah dia berniat hendak menyusahkan sesiapa. Tapi itu sudah ketentuan Allah. Kami redha & mak juga kena redha. Janji Allah tetap janji Allah. Harap2 mak tabah menghadapi Ujian Allah ini. Walaupun berat sangat !


Semalam terima sms dari adik ipar bongsu.


" I've met doctor personally today. Mak's next appointment is on 7/12/2006 - 8.30am. Mak akan menjalani scan otak kerana doktor syak kanser mak telah menular ke Otak yg menyebabkan tangan mak lumpuh sebelah. Dan doktor jangkakan mak hanya tinggal sebulan dua ni saja. Sekarang mak dah tak makan pain killer. Sebaliknya doktor suruh mak ambil Morfin 7ml setiap sekali. Sama-samalah kita berdoa kesihatan mak & kebahagiaan mak."


Bagai nak gugur jantung aku membacanya. Ya Allah, jangkaan doktor ni betulke... dulu kata hingga March next year, sekarang semakin pendek & singkat masa yg dijangkakan. Aku sedih sangat dengan berita ni. Aku tak dapat bayangkan perasaan hubby. Tentulah dia lebih lagi tapi dia tak tunjukkan kat aku. Kadang2 aku nangis sendiri mengenangkan nasib mak & penderitaan yg mak tanggung. Kesian sangat, tapi apa yg boleh aku buat ?

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Selamat ulang tahun buat SJ, maaf lambat ucap. Sedih bila baja tentang Mak SJ tu, semuga kesabaran akan sentiasa bersama SJ sekeluarga

30/11/06 4:52 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Thank you Am. Tiada kata2 yg dapat menggambarkan kesedihan kami sekeluarga, walaupun mother in law, tapi tetap rasa macam mak sendiri.

1/12/06 9:16 AM  
Blogger noha chomel said...

Happy belated anniversary!

sabar dalam menghadapi dugaan, besar hikmahnya

*hugs*

1/12/06 1:14 PM  

Post a Comment

<< Home