· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, September 01, 2006

Update on Mother in Law


Stage Of Cancer : Final Stage
Chances to live : 7 - 8 Months

Sebenarnya doktor mengesyaki kanser itu dtg dari tempat lain yg telah merebak ke tulang. Setelah dibuat pemeriksaan lanjut, didapati kanser utama ialah Lung Cancer, dan setelah lung itu rosak teruk, kanser itu telah merebak ke tulang pula. Kesimpulannya, tiada apa2 yg boleh dibuat lagi melainkan hanya pengambilan pain killer. Walaubagaimanapun , mak dah pun discharged from Hospital Pakar Puteri,JB pada hari Rabu dan sudah dibawa balik ke KL. Kemungkinan besar mak akan dimasukkan ke HUKM esok utk rawatan susulan -apa yg terbaik utk dirinya . Dalam masa yg sama, doktor juga mengesahkan mak menghidapi Hepatitis B. Hatinya pun dah rosak.

Semalam, kami adik beradik berkumpul di rumah salah seorang abang tertua. Setelah selesai makan malam, mak diberitahu kedudukan sebenarnya mengenai penyakitnya. Aku sangka mak akan menangis. Tapi setitik pun air mata mak tak tumpah. Mak kelihatan begitu tenang menerima berita itu. Tabahnya hati mak... Kami yg menerima berita tentang mak menangis melalak, tapi mak berlainan sekali. Kata mak, dia dah agak dah... Kerana 3 anaknya telah kena kanser. 2 dah meninggal dunia. Mungkin ini penyakit keturunan sebelah mak... Aku sedih sangat bila dapat tahu mak hanya berpeluang hidup tak sampai setahun....

Keadaan mak semakin uzur. Nak bergerak pun perlahan & amat payah. Peha sebelah kirinya solah2 terlalu sakit utk bergerak. Malah , utk bangun & berjalan pun payah sangat. Aku kesian sangat tengok mak. Semoga mak tidak menderita teruk dan lama, kerana Allah sayangkan dia dari kami semua...

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hi kak SJ,

byk2 la bersabar, ini semua dugaan dari Tuhan. kalau dah masuk hukm nanti, bagitau la kat wad mana, maybe kita bole jumpa, saya akan ke sana untuk nurin punya medical check up this month.

call or sms me @ 013-7708355

4/9/06 11:47 AM  
Anonymous Anonymous said...

entah bila dpt berjumpa dgn mak mertua SJ tu. cuma dpt berdoa dari kejauhan.

4/9/06 2:55 PM  

Post a Comment

<< Home