· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, August 11, 2006

Aku tak de mase...

Busy betul sejak kebelakangan ni sampai nak tengok blog sendiri pun tak sempat, apatah lagi nak update. Blog rakan2 pun dah lama aku tak jenguk. Apa khabar mereka agaknya?


Dikesempatan yg terhad ni, aku mencuri masa diawal pagi hari Jumaat 11th Aug 2006 jam 1.32am utk mengupdate blog ni dari rumah saja. Kalau aku tunggu masuk office, alamatnya aku tak update le berbulan lamanya.

Dalam masa aku tidak aktif berblogging, macam2 perkara terlah berlaku. Ada yg suka, ada yg duka. Semuanya lumrah kehidupan.


6 Weeks

Aku jumpa doktor utk membuat pengesahan kehadiran fetus dalam perut aku ni. Confirm. Doktor kata dah 6 weeks dan mungkin due on 23/3/2007. Alhamdulillah, kali ni memang tak banyak masalah yg aku hadapi diawal kehamilan. Cuma sekali sekala perut tak sedap, tekak meloya dan angin satu badan.


Pernah satu hari aku minum the tarik waktu breakfast, dan aku merana sepanjang hari. Angin satu badan, tak boleh nak keluar. Kembang kempis tekak aku meloya dan tak boleh nak muntah. Balik rumah, terus baring. Setitik air & sebiji nasi pun aku tak boleh nak makan sampailah pukul 3.00pagi baru aku rasa lega sikit. Aku cuma makan kurma sebiji & air segelas. Tu je lah dinner aku hari tu.


Sekarang ni kerap lapar. Walaupun aku makan tak banyak mana, aku tetap akan lapar. Kadang tu aku malas nak layan sebab banyak kerja, tapi lapar tu buat aku menggigil sampai tak leh kerja. Ni anak yg lapar ke mak dia yg lapar ?


Tuah Lagi…


Dalam aku rasa sangat bersyukur & bertuah kerana Allah mengurniakan aku rezeki lagi (anak) , aku juga diberi sakit dan terpaksa MC 2 hari sebab demam, sakit tekak, batuk & Selsema. Walaupun sakit, aku bersyukur, at least aku boleh berehat kat rumah. Aku rasa macam dah lama tak MC…. Tengah takde ape nak buat, aku on TV. Pukul 11.30pg kot masa tu. Aku tertengok secara tak sengaja, rancangan DURIAN RUNTUH-astro ria dihoskan oleh Reza AF3. Soalan senang banget. Aku pun ape lagi, gatal betul tangan aku nak hantar SMS. Manalah tahu, kot2 menang kan. Satu SMS berharga RM3.00. Tapi aku mana tahu, sebab tak baca habih2. Last2 aku terima sms mengatakan :-


tahniah kerana anda menjadi pemanggil ke 100. Sila sediakan jawapan & pihak kami akan menghubungi anda


Aku gabra, jantung berdegup kencang. Betulke? Aku macam tak caya. Aku langsung tak tahu ape rules & regulation nak masuk rancangan ni sebab x pernah aku tengok pun sebelum2 ni. Tawakkal je lah. Tup2 hp aku berbunyi:-


kak, disebabkan rancangan ni dah nak habis, akak tunggu depan tv pukul 3.30pm utk siaran seterusnya. Sediakan jawapan ye..” – Ok. Aku tak sabar dah sebenarnya nak tunggu pukul 3.30pm. Penantian kan satu penyiksaan.


3.30pm – aku dah tunggu depan tv sejak pukul 3.00 lagi. Aku tak keruan jadinya. Aku memang dah ada jawapan, tapi aku takut dapat soalan lain pulak. Kang tak dapat jawab malu je. Akhirnya wajah reza & celotehnya macam mak nenek tu muncul di TV. Dan hp aku pun berbunyi after few seconds. Aku pun memberikan jawapan & yakin jawapan tu betul… Yahoooo ! Jawapan mengena & aku memang RM250.00. rezeki…rezeki… aku rasa penyiksaan aku belum berakhir. Ade pulak soalan bonus yg aku tak duga2. Aku x dpt concentrate langsung kat gambar yg ditunjukkan sebab mulut reza tu celotehnya ngalahkan burung murai… Last2 soalan bonus tu aku jawab dengan hentam keromo je. Dan melopeh le RM1000. Kalau tidak aku bakal memenangi RM1250.00. Rugi…rugi… Tapi tak pe lah, aku tak sangka & tak pasang strategi. Mungkin setakat tu je rezeki aku.


Kanser , Luekemia


Kebelakangan ni asyik cerita org meninggal dunia akibat kanser je… ade satu hari kat newspaper, sampai 2 org mati akibat kanser. Itu yg keluar newspaper, yg tak keluar tah banyak mana lagi agaknya.


Dan org2 yg aku kenali juga menerima nasib yg sama. Seorang kawan office aku, wifenya kena leukemia ditahap kritikal & doctor kata boleh hidup lagi 3 bulan je. Sedihnya dengar nasib yg menimpa mereka. Kesian anak2 dia yg masih kecil. Wife pulak sakit kat hospital dan mungkin forever lah kat hospital tu.


Kawan office aku lagi sorang, baru je nenek dia meninggal dunia kerana lung cancer. Nangis aku bila ucap takziah kat dia, sebab dia pun nangis sama. Walaupun aku tak kenal nenek dia, tapi aku tahu apa perasaan dia sebab aku juga pernah melalui kehilangan ahli keluarga kerana kanser.

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kak SJ,

TAHNIAH!!! jaga diri bebaik ek, sronoknya bertambah ahli keluarga!

11/8/06 2:02 PM  
Blogger whitehorse2099 said...

wow, rezeki bertambah2 yer. hah betul tu tapi SJ banyak mkn jugak yer. Bile lalu jer mesti tengah mengunyah. Anak ke mak yang lapar ni? hehehe

14/8/06 8:56 AM  
Blogger Selipar Jepun said...

nohachomel,
Terima Kasih.

whitehorse2099,
rezeki anak sebenarnya... sebenarnya anak yg lapar. Tapi mak yg makankan...hehehe

17/8/06 1:29 PM  
Anonymous Anonymous said...

tahniahhhhh... jaga diri elok2 tawwwwwwwwww

18/8/06 4:38 PM  
Anonymous Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! »

7/2/07 5:23 AM  
Anonymous Anonymous said...

Best regards from NY! »

27/4/07 9:12 AM  

Post a Comment

<< Home