· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, June 23, 2006

Sejarah Berulang


Hari ni berulang kembali detik2 sedih dalam keluarga hubby apabila kakak iparku yg tinggal di JB ,disahkan menghidap breast cancer. Berita itu seolah2 panahan halilintar buat mak mertuaku, bilamana anak lelaki sulungnya telah pergi menemui PENCIPTANYA pada tahun 2002, juga akibat cancer. Perkara yg paling ditakuti- mungkinkah sejarah akan berulang ? Tapi siapa yg dapat mengelak ketentuan Illahi..

Sungguh tidak percaya, 3 minggu lalu, beliau menghadiri majlis perkahwinan tun teja, masih sihat walafiat. Tak de sebarang tanda2 . Dan dia baru dapat detect 2 ketulan pada minggu lepas. Dan setelah dibuat pemeriksaan lanjut & ujian makmal, barulah doktor mengesahkan yg ianya cancer. Bukan setakat itu sahaja, beliau akan menjalani pembedahan membuang sebelah payudaranya yg dijangkiti cancer RABU ini. Sungguh cepat masa berlalu, terlalu cepat cancer itu merebak. Dan aku berharap dengan membuang sebelah payudara yg dijangkiti, penyakit itu akan hilang selamanya... aku benar2 berdoa agar dia selamat menjalani pembedahan & sihat dalam erti kata yg sebenar - Tanpa cancer.

Aku seakan tidak percaya, tapi itulah kenyataannya. Penyakit yg digelar "SILENT KILLER" ini bukan sekadar penyakit demam selsema yg sembuh setelah makan ubat. Dan aku tak dapat bayangkan, bagaimana perasaan beliau dikala ini... Aku tak sampai hati nak telefon dia. Aku sepatutnya memberi kata2 semangat, tapi aku bimbang aku sendiri yg tak bersemangat nanti. Aku mudah menangis & ini akan menambah kan lagi dukacita dia yg sedia ada... aku tak kuat utk slow talk dengan dia... not yet !

Kak,
semoga kakak tabah menghadapi ujian Allah yg maha besar ini.
semua ujian Allah terhadap kita, mesti ada hikmah disebaliknya.
dan jika akak handle it positively, akak sebenarnya beruntung...
kerana Allah bagi HINT pada akak... kalau dibandingkan dengan kami2 ini,
yg belum tentu mendapat sebarang petunjuk atau hidayah,
belum tentu sempat bertaubat dan beramal
sebelum maut datang menjemput secara tiba2...

Kak,
semalam kami adik beradik berkumpul dirumah adik bongsu,
melakukan solat hajat ,
demi kesejahteraan akak,
demi kesihatan akak,
demi adik/kakak yg kami cintai.
kami tidak dapat bersama kerana jarak yg memisahkan
kami tidak mampu merasa apa yg akak rasa
kami hanya dapat berkongsi kesedihan
tapi kami sebenarnya inginkan yg terbaik
buat akak yg kami kasihi
semoga akak tabah dalam menghadapi ujian Allah ini
semoga akak redha dengan janji2 Allah
semuanya sudah ketentuan qada' & qadar...

Kak,
berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul
tapi sentiasalah kita ingat kepada Allah,
sentiasalah dekat denganNYA,
semoga hati & fikiran kita tenang,
semoga kita redha dengan ujianNYA.
semoga akak kuat melawan penyakit ini
dan kami semua mendoakan agar pembedahan itu berjaya
dan akak pulih sepenuhnya.

Tiada apa yg lebih bermakna, dari melihat akak sihat dan menjalani kehidupan normal bersama suami & anak tercinta.

Ya Allah,
Engkau maha besar , maha pengasih & maha penyayang.... Engkau lebih mengetahui maksud tersirat disebalik semua dugaan ini. Dengarkanlah hajat kami, perkenankanlah hajat kami.. hanya kepada engkau tempat kami memohon, hanya kepada engkaulah kami berserah.... dan kepada engkaulah tempat kami meminta. Maka , perkenankanlah hajat kami....
Amin ya rabbal a'lamin....

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

saya baru je pi Q&A session untuk produk baru takaful nasional yang mmg khas melindungi wanita dari 4 jenis penyakit iaitu salah satunya breast cancer. mmg menakutkan sebab dari statistik yg dia bagi semalam, setiap 5 org wanita 1 org adalah pengidap breast canser dan yg lagi sedih bila DR rafik khan, penasihat dlm takaful kata, kalau seorang wanita yg mengidap cancer tidak mempunyai at least 30K - 50K untuk pembedahan dah rawatan, its all gone! Na'uzubillah!!

anyway, all my prayers be with u and family, insyaAllah kakak ipar akak dijauhkan dari segala yang buruk. dan semoga cepat sembuh

29/6/06 11:58 AM  

Post a Comment

<< Home