· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, June 12, 2006

The Cars - 11th June 2006

mc queen # 95


Anak2 aku kena sawan “The Cars” sejak seminggu yg lalu selepas balik dari kenduri kat kampung. Babahnya belikan Happy Meals dan percuma sebuah kereta warna merah.

Aku ajak hubby bawa budak2 tu pergi tengok wayang cerita yg anak2 aku kena sawan ni. Kan main seronoknya budak 2 org ni. Excited. Kami pergi GSC One U. Punyalah ramainya manusia… Akhirnya dapat beli tiket utk show pukul 12.15 tgh. Tempat kosong yg tinggal hanyalah first row. Tak pe lah… senang anak2 aku nak tengok. Kalau tidak, asyik kena block dengan kepala org kat depan je…



Memang best & funny betul cerita ni.. Tapi ada part2 yg buat aku sedih especially part yg nak akhir2 tu, bila mc queen sanggup tak menang, patah balik dan menolong kereta biru yg mengalami kemalangan… menolaknya dari belakang utk sampaikan kereta biru yg kemek tu kegarisan penamat… Aku rasa sebak sangat.. kereta pun ade perasaan.



Anis seperti biasa, sampai pertengahan cerita, tertidur kat pangkuan aku… Dia ni kalau masuk wayang, tak tidur, tak sah agaknya….


We had our lunch at Nando’s… Erm… yummy !

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

anak Am pun bising nak tengok juga cerita ni, mungkin hujung minggu ini kalau berkesempatan Am akan bawa dia pergi tengok, yg mainan tu dia tak dapat yg warna merah pasal stok dah kehabisan, dapat warna biru dan van aja

13/6/06 11:13 AM  
Blogger Selipar Jepun said...

Am, Budak zaman sekarang jauh betul beza dgn budak zaman dulu mcm kita2 ni..Dulu, SJ tak merasa lgsung tengok wayang. Start belaja masuk panggung masa final year study...

Budak sekarang pun dah pandai demand.. dapat keta warna lain tak puas hati... nak yg merah jugak! Mcm anak kawan SJ..jenuh mak dia mencari...

14/6/06 4:26 PM  

Post a Comment

<< Home