· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, August 29, 2006

CT Punya Pasal...

28/8/2006 - Monday




Sampai office lambat gara2 jalan jem... sebab ? First day sekolah... perkara biasalah tu.... Dah lah naik kereta, aku escape masuk before 9.00am, tapi hubby pulak yg lambat. Kesian.
Balik - Aku dah janji ngan hubby, hari ni nak balik awal. Tapi dari pukul 6.00pm aku tunggu, tak sampai2 lagi.. Bila aku call, dia kata baru kat SS2. Jalan jem , kereta bergerak macam siput. Aku paham.... aku pun nampak jem tu meleret sampai depan office aku... tunggu punya tunggu, sampai satu jam aku tercongoh kat tepi jalan tu.... pukul 7 baru dia sampai. Depan office aku pun jem bumper to bumper. Not moving. Ni semua gara2 TV3 nak buat siaran langsung Siti kawin ngan Datuk K . Kalau tidak , takkanlah semua org berpusu2 nak balik rumah serentak. Selalu tak macamni... Fenomena jem yg sungguh luar biasa. Akhirnya aku mencari jalan alternatif iaitu ikut Toll Jalan Duta. Baru sampai kat Bukit Kiara, dah jem... Boring.
Sampai rumah dah pukul 8.15pm. Penat. Boring. Lapar. Belum Solat Maghrib. Belum ambik anak. Semua ni CT punya pasal......

# Terima sms dari seorang rakan sepejabat, dia sudah selamat melahirkan anak keduanya - bayi lelaki. Aku ucapkan Tahniah kepada dia & suami, semoga dia cepat sembuh & baby sihat. Boleh keluar hospital cepat2 & sambut MERDEKA.... then she replied :- I + Baby akan discharge on Wednesday dan akan sambut MERDEKA...hehehehe...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home