· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, August 30, 2006

Sejarah Berulang - Part 2

Dipetik dari Posting Friday, June 23, 2006


Sejarah Berulang

Hari ni berulang kembali detik2 sedih dalam keluarga hubby apabila kakak iparku yg tinggal di JB ,disahkan menghidap breast cancer. Berita itu seolah2 panahan halilintar buat mak mertuaku, bilamana anak lelaki sulungnya telah pergi menemui PENCIPTANYA pada 24/12/2002, juga akibat cancer. Perkara yg paling ditakuti- mungkinkah sejarah akan berulang ? Tapi siapa yg dapat mengelak ketentuan Illahi..
Entry Hari Ini - Aug 29 , 2006
Sejarah Berulang -Part 2
Seharian mata kiri aku berkedip2. Tak selesa betul. Pergi toilet, tengok kat cermin, memang berkedip2 sendiri, Boleh nampak menguit2. Macam ade something kat dalam. Lama aku tonyoh2 mata kiri aku, tak de perubahan pun. Sampai petang, benda yg sama masih berlaku. Hati aku tak sedap. Aku teringatkan mak, ayah, mak mertua aku & kakak ipar aku kat JB. Kenapa dengan aku hari ni ? Petangnya baru aku tahu , mata kiri aku berkedip sbg tanda aku akan mendapat berita buruk.
Benarkah sejarah mungkin berulang ? Baru 2 bulan kami sekeluarga dikejutkan dengan berita kakak ipar didiagnosis menghidap breast cancer, hari ni bagai tak percaya, kami dikejutkan sekali lagi dengan berita yg meruntun jiwa.... mak hubby pula di diagnosis menghidap bone cancer . Aku tersentap tatkala mendapat berita ni dari adik ipar bongsu. Air mata aku tak dapat ditahan2 lagi, aku beristighfar banyak2 dan air mata yg bertakung tadi telah tumpah. Hiba, sayu, sedih, takut... semuanya bercamour aduk. Apalah dosa kami, dugaan demi dugaan Allah turunkan kepada keluarga kami ini. Cukuplah dengan penderitaan kakak ipar yg belum berakhir, kami belum cukup kuat utk menempuhinya. Ya Allah, kini kau khabarkan berita duka yg satu lagu kepada kami... Kami tak mampu melaluinya... 2 ahli keluarga kami menghidap kanser pada masa yg sama, dan kami seakan tahu apa kesudahannya Ya Allah...
Sebenarnya sejak hari Isnin lagi mak sudah admitted di Hospital Pakar Puteri , JB . Mak sudah seminggu berada di JB menemani kakak iparku menjalani kemoterapi setiap 2 minggu . Semasa mak disana, sakit pinggangnya semakin teruk, dan kakak iparku tlh bawa mak kehospital utk pemeriksaan lanjut. Semalam result keluar, kakak iparku yg sedang bertarung kanser itu telah dikejutkan dengan berita yg satu lagi, dia tak sampai hati nak jumpa mak lepas result keluar. Dia terus balik kerumah & menghubungi adik beradik yg lain di KL. Mak masih belum tahu apa yg ditanggungnya. Kami tak sampai hati nak bagitahu mak. Walaupun mak akan tahu juga suatu hari nanti, tapi kami tidak akan beritahu sekarang.
Lebih menyedihkan doktor kata dan tak boleh buat apa2 ... sebab mak dah tua. Umur mak dah 70+. Spinal bone dah rosak teruk. Sekarang kanser itu sedang merebak ke tulang peha. Pembedahan adalah mustahil utk org yg berumur seperti mak. Aku pun tidak tahu apa option yg mak ada... bolehkah kanser disembuhkan hanya dengan menelan ubat ? Mustahil...
Mak selalu mengadu sakit lutut. Sakit pinggang. Sakit peha. Kami dah bawa jumpa doktor. Makan ubat, sekejap hilang, sekejap sakit balik. Mak tak suka minum susu, tapi disebabkan nak jaga tulang, dia paksa diri minum juga Anlene Gold. Macam2 ubat dia telan. Yg mahal, yg murah, semua , asalkan dia tak sakit. Pernah dia buat bone test kat pharmacy. Doktor tu kata :- "Tulang makcik semua dah reput... tak boleh buat apa2 dah.." - baru je sebulan lepas dia buat test tu.
Aku berdoa semoga semua dugaan Allah yg datang ini, dapat kami tempuhi dengan tabah. Semoga Allah kuatkan semangat kami semua. Kami diuji dengan Ujian yg sangat besar, datang dari Allah. Hanya Allah yg tahu sebab musababnya. Kami yg kerdil hanya mampu meminta pertolongan Allah. Semoga Allah memberi kami kesihatan yg baik dan semangat yg kuat. Aku tak tahu nak cakap apa lagi... hanya itu lah dulu luahan hati aku setakat ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home