· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, September 19, 2006

Karipap ???

Karipap yg Anis Maksudkan....






Last week hubby bawa aku & anak2 pergi Damansara Specialist Hospital melawat sorang anak sedara dia yg kena demam panas. Sebelum naik ke ward, kami singgah dikedai dekat lobby utk beli sedikit buah tangan.


Masa tu anis yg last sekali tinggalkan kedai tu. Sebelum tu dia sibuk dok pegang lollipop besar. Dia mintak hubby belikan , tapi kami tak nak sebab besar sangat & harganya juga boleh tahan. Maklumlah hospital, double the price . Kalau beli kat luar lebih murah. Ayat terakhir dari mulut anis yg aku dengar sebelum tinggalkan kedai tu , anis nak karipap... aku sempat cakap, nanti je.... lift dah buka dan kami pun masuk.



Selepas kejadian tu, setiap pagi dia ajak hubby belikan kuih utk dia sebelum pergi taska. Dia kata nak beli karipap yg ada lidi. Jenuh aku dengan babahnya dok pikir. Mana ada karipapa ade lidi.. Tapi anis kata ada... lepas tu faiz kata belikan je cokodok... anis nak cokodok kot... (satu2 nya kueh yg stick kat lidi).... setiap kali beli, dia kata bukan. Dia kata karipap tu warna warni...Bile beli karipap pun dia kata bukan... dia tak nak makan... Malam balik dari hospital tu dia sampai mimpi kan "Karipap" tu.. dalam mimpi dia bercakap pasal "Karipap" lagi.. kes teruk ni... aku balik kerja semalam aku belikan karipap & cokodok. Sebab ade lidi & ade karipap.. dua2 dia tak nak makan....



Akhirnya "Karipap" yg anis maksudkan terungkap juga malam tadi bila dia kata "karipap" yg dia nak tu ade jual kat hospital je.



Aku : Ok, nanti kite pergi hospital, kite beli karipap yg ade lidi tu ye.. (sambil memujuk lah ni konon....)

Anis : Yg warna warni tu ?

Aku : Mana ada karipap yg warna warni..... Karipap kan warna coklat je..

Anis : Ade... kat hopistal ade.... yg bulat besar tu.... (dengan penuh perasaan)

Aku : Ooooohhhhhhh.. baru mama tahu... Itu bukan karipap la... Itu Lollipop...

Anis : Haaaa..... lollipop... Anis nak itu le....

Aku : Nape tak cakap lollipop... Anis asyik cakap karipap ade lidi... mana lah mama faham.

# Esoknya dapat berita, lagi sorang anak sedara hubby (abg kepada budak yg hospitalised semalam) masuk hospital yg sama, ward yg sama.. Asyik sakit memanjang je 2 beradik ni. Hospital tu dah jadi 2nd house diorang je.... Aku rasa diorang patut tukar nama. Sebab nama yg parents diorang bagi berat sangat... budak tu tak leh bawak agaknya... fikir2 kan lah...#

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

biasalah tu SJ, Am pun pernah kena juga benda2 macam karipap ni, lain yang hendak lain yang dia minta, kita yang pening.

Nama pun memang main peranan juga, dulu pernah jadi pada kawan Am, kenapa nama panggil lain dari nama IC, dia kata mak dia tukar pasal masa kecil dia selalu sakit

19/9/06 11:36 AM  
Blogger Selipar Jepun said...

betul tu am..berhari2 kami berteka teki , karipap mana ada cucuk kat lidi... nak aje rasanya sj belikan karipap lepas tu cucuk kat lidi...

mesti anis tetap kata bukan.... ;)

19/9/06 1:17 PM  
Blogger Akima Akatoman said...

pengalaman aku pula,

Waktu ronda-ronda dalam kedai cd/dvd.. anak aku asyik dok sebut "chokoleto".

Aku kata kat dia, "nanti kita pergi beli cekelat ya".
lalu aku belikan dia cekelat selepas keluar dari kedai tu.

Pada satu hari, ketika membelek majalah tv/movie yang aku dia.. tiba-tiba dia bersuara
"Abah chokoleto!!" Sambil menunjuk gambar watak katun chiken little dalam majalah tu.

Baru aku faham kenapa dia minta cekelat dalam kedai dvd.

20/9/06 2:07 AM  

Post a Comment

<< Home