· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, September 08, 2006

Dugaan Allah Di Pagi Jumaat



Jumaat - 8hb Sep 2006 - 7.50am
Aku menganggap ini adalah dugaan Allah utk aku & hubby bila motor kami rosak kat tengah2 highyway utara selatan - 5 km ke Sg Buluh. Sebelum tu aku dah rasa semacam je bila motor tu kadangkala semput... apehal la pulak moto ni... kali ke-2 semput, aku tanya hubby, dia pun no idea. Bawak lagi sampailah kat highway, sedang dalam perjalanan nak pergi kerja, terus motor jadi perlahan & akhirnya berhenti... Enjin boleh hidup, tapi tak boleh gerak.
Pelik, takkan belting putus kot. Baru ahad lepas hubby tukar yg baru. Takkanlah seminggu dah putus . Sebelum ni sejak beli moto ni, tak de masalah pun. Dah dekat setahun dah.
Ada mamat service moto berenti. Tanya kenapa. Hubby cakap belting. Dia kata dia boleh buat. Tapi bayarannya nak tahu berapa ? RM150.00. Nasib baik x cukup duit. Kalau cukup, kami dah tentu kena tipu hidup2. Bende tu kat kedai cuma RM60-70 je. Double the Price !!
Disebabkan hubby x setuju , kami (actually hubby yg decide..) mengambil keputusan utk menolak moto tu sampai ke Damansara Damai . Tapi perjalanan masih jauh. Bayangkan 5 km nak jalan. Aku jalan bawak perut je lah... hubby yg tolah moto tu. Sian hubby, mtoo tu berat giler... hari ni aku gi website modenas, Dry weight moto tu 124kg..belum masuk minyak yg diisi penuh lagi tu... patutle rasa macam tolak ketul batu je.... Penat lelah kami berjalan & menolak, mendapat simpati org yg lalu. Ada satu moto berenti tanya pasal tayar. Ade keta renti tanya pasal minyak...semuanya bukan... hubby tetap kata "BELTING".
Akhirnya mereka tak dapat menolong. Kami berjalan hampir 2 km. Tetiba ada satu couple naik kapcai - WDD 5114 (kalau tak silap aku). Husband dia beria2 nak tolak moto kami ngan kaki. Aku cam tak yakin. Moto kami dah le berat cam t#&% , berat kami ni (2.5 org) + moto dah dekat2 250kg.... tapi dia insist nak tolong. Akhirnya kami mengalah bila dia asyik cakap boleh dan boleh.. insyallah.. Memang dengan izin Allah, org yg berhati mulia itu berjaya menolah moto kami dengan kaki dia. Ala2 bersaing la gitu. Aku terharu sangat , dia sudi nak tolong kami sedangkan dia tak kenal kami pun. Dalam masa menolak tu, aku dengar enjin moto dia bunyi menderam2 sebab nak tolak bende berat. Beliau berjaya bawak kami ke Plaza toll Sg Buluh.
Aku cadang nak hulur la sikit duit kat dia atas jasa baik dia tu, tapi dia tak berenti. Dia terus je. Apa yg dapat laki aku buat, hanya jerit Terima Kasih kat dia. Ade juga org berhati mulia macam saudara tadi tu. Semoga Allah memberi pahala berlipat ganda pada dia & isteri yg sudi menolong kami yg dalam kesusahan ni. Amin...
Selepas sampai di Plaza toll sg buluh, kami terus ke Damansara Damai & jumpalah workshop yg dicari2. Lepas dah buka cover belting tu, barulah tahu, apa puncanya... Belting yg baru tukar seminggu tu dah putus & hancur berkecai , berdebu macam kapas... Rupanya bukan belting punya pasal. Belting tu jadi mangsa keadaan. Yg jadi masalah utama dia, satu plate yg cover belting tu. Bende tu yg dah tak rata & berlaku geseran menyebabkan belting haus & putus. Lebih kurang camtule bunyinya explanation dari mechanic tadi.
Lepas semua dah selesai, kami membuat keputusan utk masuk office, tapi singgah R&R dulu, aku lapar ditahap cipan ni... Lepas makan nasi dan lepaking, kami bertolak. Aku sampai office dekat2 pukul 12.00tgh. Hubby terus pi masjid, tidur sementara tunggu solat Jumaat. Lepas solat Jumaat baru dia masuk office.
Apa yg terjadi, aku anggap dugaan Allah, disamping mungkin dah nasib.... Tapi dalam masa berjalan kaki merentas highway pagi tadi, aku sempat bermuhasabah diri... mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa2 yg pernah dilakukan samada sedar atau tidak...
"lately aku banyak forwardkan email yg tak elok pasal datin ct & DK. Mungkin ini balasan Allah kat aku kot... hhhmm" -kata aku dalam hati.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

memang dugaan betul ni SJ, Am dulu tolak motor pancit pun sakit satu badan.

Harap2 motor Am taklah meragam, risau pula Am

14/9/06 3:18 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

husband saya sakit tangan & badan sampai 2-3 hari...

19/9/06 8:35 AM  

Post a Comment

<< Home