· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, October 19, 2006

Salam Aidilfitri



Pejam celik, pejam celik, dah dekat sebulan aku tak update blog . Dah nak berakhir Ramadhan.... dan dah dekat nak raya.... cepatnya masa berlalu. Sayang nak tinggalkan Ramadhan, tapi seronok pula nak sambut raya.... Begitulah manusia dan masa... macam tak pernah cukup dengan masa yg Allah bagi 24 jam sehari... sibuk sangatkah kita ?
"Bila balik kampung ? " - soklan yg sering ditanya oleh kawan2 dan jiran2. Sedih... tahun ni buat pertama kali dalam hidup aku beraya kat KL dulu. Org kata raya kat KL boring giler, sebab semua org berpusu2 balik kg.... highway penuh sesak dengan kenderaan keutara dan selatan. KL hanya dipenuhi mamat & minah endon, bangla, negro & yg sewaktu dengannya. Jiran2 pun tak de, semua balik kg.... tapi aku terpaksa berkorban tahun ni... hubby nak raya dengan mak dia. M-I-L aku tak dapat balik kg sebab tak leh travel jauh2, tak leh jalan banyak2. Nak melangkah setapak dua pun macam nak tercabut tulang. Takpelah, biar aku berkorban.... Aku heran, apasal anak2 dia yg lain semua sampai hati balik rumah mertua masing2... tinggal hubby & sorang kakak dia je yg beraya dgn mak. Tak tahukah mereka yg mak menghitung hari ? Mungkin ini Aidilfitri mak yg terakhir dengan anak2... hanya Allah yg tahu.

Raya kali ni yg paling tak best kerana :-
1) Baju raya yg aku tempah, tak menjadi. Besar gedebeh dan labuh melayut. Design ikut sedap tengkorak tailor je walaupun dah bagi baju contoh. Menyampah ! Rosak kain yg aku beli, langsung tak sanggup nak pakai. Sukatan siapalah yg dia ikut. Aku rasa cam nak nangis. Dah lah last minute baru siap. Aku harap aku sempat lagi pegi shopping baju raya hujung minggu ni. Hampeh !
2) Baju raya hubby pulak, seluarnya ketat kat pinggang. Nak bernafas pun takleh. Hampeh juga. Last2 hubby decide nak pakai dengan kain pelikat je. Tailor tak ikut contoh yg kita bagi. Buat seluar baju melayu macam seluar slack.. ada pulak kedut2 kat depan....
3) Bersusah payah aku buat kueh raya tahun ni, ambil resepi dari internet, rupa memang cantik tapi bila makan, hampeh.... memang penipu betul siapa yg kasi resepi tu. Aku tak halalkan pembohongan korang... Aku rasa macam nak campak kat ayam, tapi malangnya aku tak bela ayam. Begitu juga jiran2 aku.
4) Kena raya KL dulu...
5) Hubby kerja Jumaat 27/10/06. Cuti aku seminggu pun rasa macam tak bermakna sebab hubby kena kerja juga Jumaat tu by hook or by crook. Hampeh !
Aku mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat hari raya kepada semua, maaf zahir batin. Berhati2 ketika memandu pulang ke kampung..... Semoga jumpa lagi.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam aidilfitri Am ucapkan buat SJ sekeluarga. Mohon maaf kiranya pernah ada tersalah , terkasar bahasa. Moga selamat dlm perjalanan. Moga gembira dihari mulia.

19/10/06 11:26 AM  
Blogger Selipar Jepun said...

Saya juga begitu Am, Semoga Am & keluarga berbahagia di hari mulia itu nanti. Selamat Hari Raya.

19/10/06 1:28 PM  
Anonymous Anonymous said...

selamat hari raya SJ..maaf zahir dan batin..tak dapeklah nak buat kuih sama2 mcm thn2 sblm ni..

19/10/06 3:02 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Selamat hari raya Tun Teja... Selamat beraya dengan suami...sebelum2 ni bujang, sekarang dah berdua dan berbadan 2...

Maaflah tak dapek nak tolong buat kueh raya mcm tahun2 lepas..tahun ni kite buat kueh raya dengan anis kat rumah. Anak dara SJ tu rajin sangat kedapur menolong SJ hias kueh raya. Lepas tu dia yg dulu makan...tak sedap pun dia kata sedap..hehehe

20/10/06 8:33 AM  

Post a Comment

<< Home