· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Monday, September 25, 2006

3 hari yg menguji kesabaran aku !


Thursday - 21st Sep'06 (Anak Jiran Depan Rumah)

Lepas maghrib, aku melepak depan TV dengan budak2. Rasa macam tak sihat pulak. Asyik bersin je tak habih2. Lepas hubby balik surau, dia kata nak pergi kenduri tahlil kat area situ. Nak pergi dengan cikgu depan rumah, tapi masalahnya, anak2 cikgu tu siapa nak jaga. Mak diorang gi tuition. Aku gatal mulut pergi offer konon kesianlah tak de org nak jaga. Lepas budak2 tu masuk rumah aku, bapak diorang pun pergi le kenduri dengan hubby.

Sebenarnya anak2 cikgu tu lebih muda dari anak2 aku...muda setahun je... (Abang 5 tahun, adik (girl) 3 tahun baya anis). Lepas je masuk, diorang terus serbu bilik anak2 aku. Aku tahu dah, kalau diorang datang rumah aku, tak sepah satu bilik, memang tak sah. Lepas tu siap panjat2 katil double decker tu dan pijak atas almari baju lagi nak cari menatang ape aku pun tak tahu. memang menguji kesabaran aku yg tengah pregnant ni lah anak2 cikgu ni...

Tak cukup dengan tu, si adik ni dengan selambanya pergi dapur aku buka fridge macam kat rumah dia je... apa yg dia cari kat dalam fridge aku ni, bukan ade barang permainan pun....pening2.... aku terpaksa ikut gerak geri 2 beradik ni....

Bila aku tak larat, aku kembali tengok tv sorang2. Anak2 dalam bilik main lagi macam tongkang pecah dah biliknya. Sampai bersepah tak de tempat nak pijak. Kalau barang permainan tu disimpan dalam 6 tiers drawers, habis semua drawers dituangkan baru dia puas hati agaknya. Aku tahu anak2 aku tak buat macam tu sebab aku dah berpesan, kalau nak main, cari mainan yg nak aje. Jgn keluarkan semua. nanti sepah, kena kemas sendiri. So, anak2 aku ni dah berjaya aku disiplinkan. Cuma anak org yg tak paham bahasa ni je yg buat aku pening kepala sebab tak makan saman & warning aku tak jalan.

Early warning aku kat 2 beradik ni :-

" Along sama Iffa, Jangan sepah2 bilik faiz & anis. Kalau nak main, ambil satu barang je. Kalau sepah, kena kemas balik. Selagi tak kemas , tak boleh balik. Kalau tak nak kemas juga, kena denda kurung dalam toilet. Faham tak ????? "

Budak berdua tu buat donno je bila aku cakap macam tu. Si abang tu nampak macam takut juga. Tapi buat juga. Si adik tak heran pun. Cakap le menatang apa pun, dia buat hal dia je. Aku rasa macam nak piat2 telinga halau suruh keluar je, tapi anak orang kan... sabau je lah. Aku yg offer nak jaga...lain kali aku tak ingin nak offer lagi kalau beginilah perangai diorang.

Sekejap aje hubby dah balik (almost half an hour). Cikgu pun ketuk pintu nak ajak anak2 dia balik. Tapi malangnya anak2 nya sorang pun tak nak balik. Katanya nak main lagi. Hubby buka pintu suruh diorang balik pun diorang tak nak. Akhirnya cikgu tu balik tangan kosong sebab anak2 dia seronok memunggah kat rumah aku. Aku cakap kat hubby perangai budak2 tu... sabau je lah..depan2 hubby si Along pulak datang keruang tamu, buka drawer kabinet tv dan selongkar segala CD yg ade. Aku pun tak tahu dia cari apa lagi kat situ. Mana ada permainan budak2 disimpan kat situ. Lepas tu dia biar sepah tunggang langgang. Tadi elok je bersusun semuanya. Hati aku dah panas, tapi aku sabau je lagi.

Tak lama lepas tu si adik nak balik kat ayahnya. Lega rasanya siadik dah balik. Tak lama lepas tu datang balik... Alamak...bala....bala...

Sampai pukul 10.30malam, cikgu perempuan pun balik dari tuition & datang ketuk rumah aku mengajak anak2nya balik. Tapi anak2nya tetap tak nak balik. Disebabkan maknya berkeras juga ajak diorang balik, maka baliklah 2 beradik tu tanpa mengemas sikitpun barang2 permainan yg penuh bersepah dalam bilik anak aku. Nak jejak kaki pun tak de tempat, Umpama tongkang pecah.... Geram, menggerutu je hati aku. Akhirnya aku suruh faiz yg kemas. Dia pun sedih juga, bukan dia yg buat, kenapa dia yg kena kemas. Anis lagi lah, sepanjang hidup anis, anis memang malas mengemas... dia selalu cakap dia PENAT. Faiz kemas yg dia terdaya je. Lepas tu dia dah ngantuk dah tidur kat sofa. Aku la yg terbuyut2 ni terpaksa mengemas bilik anak2 aku . Bukan lantai je yg bersepah dengan segala barang permainan tu, tapi atas katil pun penuh juga. Macammana lah diorang nak tidur? Terpaksa aku kemas sampai puas hati aku dengan azam baru, lain kali kalau budak2 tu datang lagi, aku kunci pintu ni. Jgn harap nak masuk bilik anak aku buat sepah .... aku yg penat tau.

Saturday - 23/9/06 (Kawan Sekolah Faiz)

Pagi2 lagi kawan faiz datang ketuk pintu cari faiz. Aku kata faiz nak keluar. So dia pun balik. Petang lepas kami balik, aku dan hubby kepenatan dan tertidur. Faiz & Anis tak tidur, ape diorang buat aku pun tak tahu. Tetiba aku terdengar pintu dibuka & ditutup. Lepas tu aku dengar suara ni :-

"Faiz, mak ko pergi mana?" Faiz kata mak dia tido kat bilik. Dengan itu bermaharajalelalah mereka berkubang lagi kat dalam bilik tu tanpa pengawasan org tua (aku le yg tua tu...hehehe).

Bila aku bangun je dari tido, darah aku mendidih lagi... mana taknya, kapal yg semalam aku kemaskan hari ni karam balik.... budak2 ni nak kena pelangkong sorang sebijik ni.... ingat aku khadam diorang tukang mengemas ke ha? Aku pun bagi first & last warning kat kawan faiz ni...

" MESTI kemas balik bilik ni sampai bersih baru boleh balik. Kalau tidak, lain kali jgn datang dah sini...". Nasib baik budak tu paham bahasa. Dia mengemas dengan faiz sampai siap. Dekat2 maghrib baru dia sudah mengemas. Lepas tu baru dia balik.


Sunday - 24/9/06 (Kawan Taska Faiz)

Macam semalam, budak tu juga yg datang ketuk pintu pagi2.. aku kata faiz belum bangun. Manalah mak bapak budak ni, pagi2 dah bagi anak pergi merayap rumah orang dah ni.... Setiap 1/2 jam, dia ketuk lagi. Bila faiz dah bangun, aku suruh faiz bagitahu budak tu, pukul 11.00am nanti baru datang. Tapi budak tu tak pakai jam. Baru pukul 10.00 dah ketuk lagi. Aku besabau je... sampai faiz pun malas dah nak layan. Dia sibuk nak buat homework.
Bila budak tu ketuk lagi, dia tanya :-

"Faiz, ko dah siap ke homework ko?" faiz jawab "Belum".
Budak tu kata " bak sini aku buatkan homework ko"
Terus aku jawab " Tak boleh... Faiz kena buat sendiri. Mana boleh bagi org buat"
Dengar je suara aku yg agak keras tu, terus budak tu balik.
Lega rasanya budak tu dah balik.

Pukul 2.00 ptg ade pulak budak lain datang (kawan faiz juga) ketuk pintu nak main game. faiz ni baik hati sangat, bagi diorang masuk . Terus masuk bilik. Nasib baik budak ni dah besar sikit. Aku warning awal2 jgn sepah bilik.

" Faiz, jgn sepah2 bilik. Mama dah nak mati ni tak larat mengemas dah..." dan faiz pun kasi direct warning kat kawan dia tu.

Budak2 ni siap tanya aku , Auntie, ade battery tak? Game ni dah habih battery. Aku cakap tak ada. Dalam hati aku, "banyak cantik muka korang. Dah lah datang bertandang rumah org, demand lebey2 pulak. Ingat aku kedai runcit ke?"

Lepas tu aku dengar budak2 ni senyap je dalam bilik. Lebih kurang pukul 4.30pm macam tu, aku suruh diorang kemas apa yg patut, dan suruh diorang balik sebab aku nak keluar buka puasa kat luar. Pukul 5.00 baru diorang balik. Aku pun masuk bilik faiz nak tutup kipas. Tapi remote control kipas tu tak berfungsi. Aku terus panggil faiz.

"Apasal remote ni ? Battery habis ke? Tadi elok je.."
Faiz kata " battery dia dah tukar masuk game faiz"... bijak sungguh budak2 ni... tak dapat battery dari aku, battery remote kipas diorang kerjakan. Memang 3 hari ni darah aku mendidih je dengan kawan2 faiz punya kerenah. Nak kena buat policy baru kat rumah...


Sinage yg tengah aku pikirkan utk main door rumah aku.

~DILARANG MASUK !
~JANGAN GANGGU ORANG !
~TUAN TANAH TENGAH SIBUK
~AWAS ! TUAN RUMAH GARANG !
~TAK DE ORANG KAT RUMAH !


Sinage yg tengah aku pikirkan utk pintu bilik faiz.


~TAK DIBENARKAN MASUK SELAIN DARI TUAN RUMAH SAHAJA
~JANGAN MASUK, KALAU TIDAK , ANDA AKAN MENYESAL !!
~TAK YAH MASUK. RETA TOK NENEK KORANG TAK DE KAT SINI.
~BILIK BERPUAKA ! DILARANG MASUK !

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

biasalah tu SJ, isteri Am pun mengeluh juga bila masuk bab kawan2 anak teraburkan rumah ni. Kadang2 sampai kunci bilik mainan anak Am tu

Tapi biasanya kalau bersepah dah tentu Am yg mengemasnya pasal nak harapkan anak Am, payahlah, penat memanjang sahaja hehehe

28/9/06 10:59 AM  

Post a Comment

<< Home