· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, September 20, 2006

Budu

Dipetik Dari Wikipedia
Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.


Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".


Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoeacirit (diarrhoea)], penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.
Ade org kata kalau berani makan budu, mesti berani masuk fear factor. Betulke ? Teruk sangatkah cara2 memproses budu ni? Ade ulat2 semua keluar ke ? Aku tak tahu..kalau tak de org bagitahu..Tapi baru2 ni aku teringin sangat nak makan budu. tanya cikgu depan rumah (org kelantan) dia kata rumah dia x de budu. Dia tak makang budu. Tapi dia makan tempoyak. Siap offer aku tempoyak.Tak yah offerlah, aku memang org Perak, dah tentu rumah aku pun ada tempoyak. Napelah anak aku dalam perut ni teringin sangat nak makan budu. Last aku makan budu masa kat kolej dulu sebab roomate aku org Kelantan. Masa tu lah belajar makan budu. Dengan nasi panas, dengan cili padi....fuhhh terangkat wa cakap lu. Ahad lepas hubby pergi Pasar borong , siap belikan budu dengan petai utk aku.... tak sangka sampai begitu sekali dia mencari. Aku baru je kirim kat ckgu depan rumah...raya nanti kot2 dia balik kelantan... Ade sesapa nak bagitahu aku nape org panggil Fear Factor kat budu tak ? Mahu aku meloya kang.....
# eleh...korang tu kalau tengok cara2 buat kicap pun, mesti korang tak lalu makan juga...fear factor jugak tu pun... lagi le, kaler hitam je... Korang belasah gak... Sape tak makan kicap boleh angkat tangan..hehehe #

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

akak try budu + cili api + bawang + limau kasturi + tempoyak...sedap!

21/9/06 9:06 AM  

Post a Comment

<< Home