· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, October 05, 2006

Ringkasan Puasa

Day 1 - 24/9/06
Faiz tak nak bangun sahur. Jenuh dikejutkan, makin liat pulak dia. Akhirnya dia tak bangun langsung setelah babah gagal memujuk dia . Keesokan harinya, dia kata dia puasa. Kenapa mama x kejut dia sahur. Aik, siapa tak kejut? Dia yg tak nak bangun. Dia kata , masa babah kejut dia bangun sahur, dia ingatkan babah kejut suruh bangun mandi. Tu sebab dia tak nak.
Dia puasa juga separuh hari. Pukul 12.00tgh dia lapar, nak makan nasi. Aku bagi tapi bersyarat. Faiz kena puasa sampai petang lepas makan nasi tgh ni. Dia setuju.
Petang 1 Ramadhan, kami berbuka puasa beramai2 di Bangi, dengan M-I-L. Boleh dikatakan semua adik beradik hubby datang berbuka bersama2. Yg bestnya, semua datang bawa makanan. Sampai tuan rumah pun pening, banyak sangat makanan, akhirnya tak termakan.
Day 2 - 25/9/06
Faiz bangun sahur. Senang pulak kali ni. Dia cuma makan roti. Sebab tak selera nak makan nasi. Pergi sekolah, kawan bagi gula2 sebijik, faiz pun cair. Dia makan gula2 tu dan gula2 tu cair pulak dalam mulut dia. Kalau boleh aku ikat kaki tangan budak yg bagi gula2 kat faiz tu. Setan semua dah kena ikat, dia pulak yg jadi setan kat sekolah. Astaghfirullah....
Bila balik sekolah, faiz bagitahu cikgu taska , dia dah buka puasa kat sekolah. Apa lagi, cikgu taska terus bagi makan nasi la pulak.
Balik dari taska, waktu aku jemput dia, cikgu taska bgtahu aku yg faiz tak puasa. Menyirap2 darah aku. Marah betul aku waktu tu. Macam2 aku belikan dia utk buka puasa, akhirnya dia tak puasa. Frust betul... Memang faiz nak kena.... balik rumah dia merajuk, masuk bilik & tutup muka dengan bantal. Sedih pulak aku tengok. Aku pujuk dia buka puasa sama2. Akhirnya selepas dah nasihat bertubi2, dia pun datang berbuka puasa sama2.
Sebenarnya aku nak encourage faiz puasa penuh sepanjang ramadhan ni sebab next year dia dah nak masuk 7 years. Sampai bila nak berlembut ? Aku janjikan dia hadiah kalau dia puasa penuh. Dia kata hadiah apa mama nak bagi ? Aku kata hadiah robotlah, faiz kan suka robot. Sejak hari tu dia puasa penuh tiap2 hari, bangun sahur pun senang.....
Alhamdulillah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home