· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, June 24, 2005

bESt fRen & hOspiTal + DiRTy jOkE..

Best Fren Kena tidur Kat Spital........


Kesian betul ler ngan best pren aku yg sorang ni... hari Isnin hantar sms kat aku kata dia masuk lambat. Tak payah tunggu dia. So aku pun pi lah kerja dgn hubby. Petang tu aku dapat tahu, dia langsung tak masuk kerja... MC lah pulak... then selasa, subuh2 dapat dapat sms kata dia MC lagi... then rabu, MC lagi.. wah, teruk nye kawan aku ni. Sakit apa yg MC tak habis-habis ni.... dalam hati aku, aku mesti call budak ni hari ni... apa sakitnye teruk sangat ni?
Then sampai kat office hari rabu tu aku dapat tahu dia masuk spital kat Damansara Specialist. Tonsilitis & virus Infection... Sian mak bedah ni... tak pasal-pasal masuk spital... aku sempat gi jenguk dia lunch hour semalam dengan hubby. Get well soon emmy.... Malaysia Boleh!

diRty jOkE oF tHe daY....


Semalam aku gi solat zohor seperti biasa kat surau underground kat office aku ni.. kebetulan semalam tak ramai org.... pendek cerita, hanya aku dan sorang lagi minah je yg solat kat surau tu semalam. Then mase nak tunggu waktu asar tu, aku terlelap jap. Masa aku bangun nak solat asar, aku tengok cik kak tu tgh solat kat depan aku.. selesai aku ambik wudhu, aku pun pakai semula telekong...dalam pada dok pakai tu, mata aku asyik tengok cik kak tu dari belakang.. tak de niat apa2 pun.. berangan ade lah kot.... then out of sudden, camner aku boleh ternampak kain telekung yg dia pakai nak terlondeh dan dia cepat-cepat pegang. Agaknya dia dah di rakaat yg terakhir kot... so tak per lagi... then dia duduk tahyat... time dia sujud terakhir tu, korang tahu tak ape yang aku nampak? ..... aku maleh nak citer... kang busuk plak blog aku ni... korang teka jer lah apa yg aku nampak .... sungguh memalukan lebih2 lagi bila org tu duduk di saf yg pertama...
Aku pun buak dek, aku mesti solat sebelum cik kat tu selesai solat. Kalau tidak, sure dia kemaluan besar... Then aku pun solat ler cam biasa. Tapi setan dah kacau aku haritu.. solat aku tak kusyuk..... aku terperasan yg cik kak tu lepas bagi salam, terus toleh belakang nak check whether aku tgh tengok dia ke tidak... agaknya dalam hati dia lega , sebab aku tgh solat... walhal dia tak tahu yg aku dah nampak drama tak sepatutnya aku tengok hari tu... lebih-lebih lagi dalam surau kan....
kepada cik kak tu, kalau terbaca lah blog aku ni, ni ade sikit pesanan.... cik kak, kalau nak solat tu, ikatlah kain akak kuat-kuat supaya tak terlondeh okey... then, kalau tak pun, pakai ler kain batik ke, kain kerja ke, spender ke... jgn ler londeh semua sekali yerk....pas tu kalau rase was-was, solat ler lagi sekali... bukan main hentam jer... ape-ape pun, peristiwa yg berlaku semalam, mengingatkan aku... supaya berhati2 dilain kali...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home