· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Sunday, July 17, 2005

Weekend

Dari petang jumaat lagi ,waktu balik kerja, hubby menyuarakan hasrat hatinya nak bawak kanak2 riang yg 2 org tu naik keretapi tut-tut (komuter...). Dan dia suggest keluar rumah awal2 around 7.00 am.. aku ikut jer sebab tak ade program apa2 pun cuti 2 hari ni... Bile dah balik rumah lepas jemput kanak2 riang tu dari nursery, hubby cerite kat kanak2 tu yg esok pagi kena bangun pagi sebab kite nak pegi naik ketapi.... wah .. seronoknya kata faiz... anis tak tahu apa-apa..tapi rasanya dia faham sebab lepas tu dia pun cakap something yg aku tak faham.... baby language agaknya.... aku ia kan aje ler....
Then lepas maghrib, aku terima sms dari mak aku... mak tanya ada plan nak pegi mana2 ke cuti esok? aku kata tak ade... nak datang ke? Datanglah... then dia kata nak discuss dulu ngan boss lepas boss balik masjid nanti.Pukul 9.30 mlm tu dia sms lagi cakap confirm nak datang. naik train . Tak payah jemput, nak cuba naik bas sendiri . Aku pun masa tu melepak ngan anak2 sambil tengok TV , dari satu channel ke satu channel, sampai pukul 12.30 malam (diary AF ler , apa lagi...) Lepas tu mengemas rumah ngan hubby ... maklumler, akukan baru baik sakit... rumah tak berapa terurus masa aku tak sihat hari tu... so , malam tu kami jadi pekerja MPPJ sampai pukul 2.00 pagi... letihnya... nasib baik ade hubby yg bertimbangrasa.... kalau tak, tak tido aku jawabnya sampai ke pagi.. hampir seluruh rumah aku kemas... dah "tumpo" kata org perak.... kalau tak, mungkin tak stop lagi.. (tumpo tu maksudnya dah nak pengsan.... ataupun bekerja sungguh2 sampai nak mampus...). Ni tak lain tak bukan, sebab mak & ayah aku rajin mengemas... pantang tengok selerak sikit, diaorang mesti nak tolong buat itu ini... bukan macam setengah2 mak mertua , bile tengok selerak, membebel berbakul & kata menantu pemalas dan sbg nye... sooo, sebelum mak & ayah aku tolong kemas rumah aku dihujung minggu ni, baik lah aku kemas dulu... tapi kain baju yg belum berlipat tu, aku memang surrender.. kalau aku buat gak malam ni, tak tidur lah aku jawabnya.........
Akhirnya, hubby punya plan nak bawa kanak2 riang tu naik ketapi tut-tut tak menjadi... sebab tok dan wan nak datang, dan diorang suruh tunggu kat rumah jer... tak yah nak jemput2... nasib baik anak2 aku tak menuntut janji.. agaknya seronok sebab wan & tok datang rumah. Ditambah pulak, anak kakak aku pun ikut.. seronoknya anak2 aku 2 hari cuti tu... main tak habis2.... bilik faiz kejap jadi macam tongkang pecah, lepas tu elok balik.. sebab lepas diorang dah puas punggah & main, diorang kemas balik... elok la camtu... kalau tak mama ni tumpo lagi......
Yang bestnye, anak2 aku dan anak sedara aku ni , terperap dalam bilik sampai tak keluar-keluar.... main ape lah agaknya... sesekali, aku curi2 mengintip diorang... sebab aku dengar anis asyik panggil mak... aku ingat anis panggil aku... biasanya dia panggil mama, kenapa hari ni dia panggil mak ? ahhhhh.. rupa2nya diorang main masak2.... anis jadi baby, faiz jadi abang , shidah jadi mak... rupanya anis panggil mak kat kakak shidah....
Aku tak de plan nak bawa diorang berjalan, sebab malam tu hubby ade meeting penduduk, dan dia kata nak bawa sedikit juadah. So aku masakkan spaghetti je... Malam tu aku & mak bapak aku tengok konsert AF sampai pukul 12.00 ... Sunday tu hubby kerja dari pukul 9.00pg sampai 7.00pm baru balik. Malam tu mak & ayah pun balik ke kampung.....
Weekend yg meletihkan tapi meyeronokkan.... sebab aku tak dapat balik kg, hubby sibuk sangat... so, bila parents datang, seronok juga.... hilang rindu rasanya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home