· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Thursday, July 21, 2005

Mawi & Akademi Fantasia-Fenomena Baru ?

Email ini diterima dari seorang rakan Selipar Jepun , pun begitu bukan dia penulis asalnya. Cubalah kite renungkan..... ada benarnya apa yg tertera disini. Kalau suka kepada sesuatu, jgnlah suka terlampau. Kalau benci pun, jgn benci terlampau... eloklah bersederhana dalam semua yg dilakukan....
Mawi dan Akademi Fantasia: Fenomena baru?
Thursday, July 21 @ 10:41:19 MYT
Oleh MELINTANG SESAYAP
MAKA suasana menjadi tenang seketika. Jalan raya agak lengang. Anak-anak
kecil tidak berkeliaran. Semua telah pun pulang ke rumah. Tiada kelas
mengaji muqaddam hari ini. Ustazah memang tidak mengadakan kelas.


Anak-anak muda yang sering bersantai, lepak dan bersidai tepi tangga, tepi
tembok dan tepi kaki jalan sudah pun kembali ke rumah sejak awal lagi.
Tiada usik mengusik, tiada 'dating' dan tiada ke hulu ke hilir dengan
motosikal. Tiada jalan-jalan malam.

Kenduri pada malam ini telah ditunda keesokan malam dan ada kenduri yang
telah diawalkan. Ada yang tidak jadi pulang ke kampung atau ada yang
melewatkan perjalanan jauh.

Anak yang kecil, bayi telah ditidurkan awal dan makan malam telah pun
disantap seisi keluarga selepas solat maghrib. Ada yang telah membatalkan
ziarah ke rumah saudara dan kalau ada tetamu yang ingin datang diminta
melawat pada lain masa. Yang pasti bukan malam ini.

Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini.

Semua ini kerana inigin memberi laluan kepada siaran langsung konsert
Akademi Fantasia.

Yang tiada rangkaian ini, masing-masing telah awal lagi menempah. Dua bulan
yang lalu. Yang tidak mampu menempah rangkaian ini sanggup pula bersusah
payah menumpang tonton rumah kaum kerabat yang ada.

Yang telah dipotong rangkaian ini kerana sudah lama tidak membayar, telah
berusaha mengumpul wang semula untuk membolehkan rangkaian disambung
kembali. Yang belum menambah nilai kad prabayar telefon bimbit telah
berkelam-kabut ke kedai berdekatan.

Sebutlah dan isytiharkanlah siapa yang tidak tahu tentang AF3 dan Mawi.

Sekalian alam kenal dan arif benar. Yang tua muda, kecil besar, miskin
kaya, sakit sihat, kerajaan swasta, menteri atau orang gaji semua
mengenali.

Begitulah suatu arus dan fenomena (meminjam tajuk akhbar) yang melanda.
Tidak terelak lagi ledakan gelombang ini.

Yang mengulas pula datang dari segenap lapisan. Semua ingin menjadi juri
tak bertauliah. Dari pensyarah menara gading (professor kangkung?)
sehinggalah ke pesawah di tepi tebing.

Penghuni institusi pengajian tinggi hinggalah pekerja kuli yang hanya
mengaji jawi. Daripada yang berada di awan biru sehinggalah yang berada di
bawah tanah kubur menggali lubang baru. Hebat memperkatakannya.

Tahniah Akademi Fantasia kerana menjadi pemangkin dan pencetus suasana yang
telah lama suram kerana pelbagai perkara. Terima kasih kerana telah membawa
rakyat Malaysia lari seketika daripada realiti dan hakikat yang ditempuhi.
Sekalung tahniah juga kerana telah menemui seorang insan yang didambakan
sejak sekian lama oleh rakyat. Idola ramai dan teladan semua.

Mawi suatu nama keramat yang meniti dari bibir ke bibir dan menjadi buah
mulut orang. Dari Datuk Keramat ke Tumpat sehingga ke Kudat semua tahu
tentang perkara ini. Rakyat terutama remaja telah lama menantikan seorang
lambang atau tokoh yang boleh dijadikan contoh.

Telah lama kekosongan ini berlaku. Gersang. Kering. Kini panduan hidup
rakyat telah kembali pulih. Kiblat telah dibetulkan semula. Mawilah
pengubah segalanya.

Hampir tiada kedengaran cacat cela dan sopeknya makhluk ini. Kiranya ada
sekali pun, pasti ramai yang membela dan mempertahankannya. Penuh dengan
pujian dan kekaguman yang menggunung.

Apa yang dibuat, dituturkan dan didiamkan menjadi ikutan ramai dan terasa
seolah-olah seperti hadis pula.

Rakyat khasnya remaja serta khususnya Melayu Islam memang ingin seorang
yang 'beragama' membawa hala tuju matlamat hidup mereka.

Tetapi rakyat kebanyakan menantikan kemunculannya dari alam hiburan. Rakyat
tidak mengharapkan kewujudannya dari alam atau bidang lain seumpama bidang
ekonomi, politik, pendidikan kerana telah jelak dan telah muak dengan
masalah yang timbul dan kecewa dengan insan atau pemimpin yang muncul untuk
menjadi idola. Semua penuh bermasalah dan janji kosong.

Kini hati rakyat terubat dengan manusia yang 'dilahirkan' dan 'dibesarkan'
daripada alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama terpacul dengan gaya
yang tersendiri.

Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang. Terbilang. Gemilang.
Extravanganza. Penuh aura. Karisma. Ada 'x-factor'. Pakej yang lengkap! Ada
mesej dakwah!

Tiada siapa menafikan kehadiran dan kehebatannya.

Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang pendidik menasihati anak
muridnya "jadilah seperti Mawi. Mengaji boleh, menyanyi pun boleh. Ini yang
kita hendak. Contohilah dia."

Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi masuk Astro.

Berdakwah dari dalam...

Begitulah komentar yang dikumpulkan serta dikoleksikan secara berguni dan
bergantang-gantang.

Akan tetapi...

Sedih betapa tipisnya iman kita.

Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua

Pandangan Pertama (1)

Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara
petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya:
"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan
(merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu
adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang
mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30).

Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib
dan adabnya.

Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara
petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak
menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..."
(lagu penyanyi lama)

Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita
yang berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2)

Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak
Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan"

Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak
Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak".

Pandangan Ketiga (3)

Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..."

Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan 2.
Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar
Mawi 3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena
memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata "saya kalau nak
komen Mawi mesti pakai tudung..."

Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton
menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini.

Main-main dengan hukum Allah.

Pandangan Keempat (4)

Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi
habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri
dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?

Pandangan Akhir

Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan dihadami bersama.

Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus. Sambung
mereka Arus 'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!!

Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi." ?

5 Comments:

Blogger Jubeiz said...

memang best baca email yang sedara dapat tu. cukup dalam maksudnya. betul jugak kata dia tu. takut nanti peminat terlalu taksub.

21/7/05 12:50 PM  
Blogger Jubeiz said...

eh maaf.. ingatkan selipar jepun ni saudara.. rupanya saudari.. hehe. dapat tau lepas baca entry "Sam has a cap".

21/7/05 12:57 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

jubiez, thanks for visiting... come again another day.. salam perkenalan...

21/7/05 2:20 PM  
Anonymous Anonymous said...

sana sini cerita psl mawi..and reading all your entries plus all the links (not all)mostly accomodate by mawi and AF issues, seems like nothing in the world far more important to be worry or concern about..and reading your entry about mawi the new phenomenon really relieved me from the pain in the arse..at least u balanced up the contradiction, mawi fan yg masih berpijak dibumi nyata..sory for the misconception..

21/7/05 4:42 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

to anonymous,
welcome to my blog. this blog is not about mawi or mawi fans or mawi concert. saya salah seorang peminat mawi (bukan fanatik), reality nya tak pernah AFundi sesiapa walau satu sen, saya cuma mencari hiburan setakat yg patut saja... i'm soryy if you thought i'm the mawi fanatic... not at all !

21/7/05 5:33 PM  

Post a Comment

<< Home