· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, January 30, 2007

M-I-L Telah Pulang Ke Rahmatullah


16th Jan 2007 - 6.45am


Received call from Bro in Law saying that MIL dah x buka mata, bernafas melalaui mulut & doktor pun sudah dipanggil kerumah. Doktor mengesyorkan supaya adik beradik semua berkumpul pada pagi itu. Aku dah tahu yg MIL tgh nazak. Mungkin hubby tak tahu sebab dia berlengah itu ini dalam segala hal. Tapi lidah aku kelu utk beritahu dia.


Aku masih kelam kabut kat rumah sebab faiz nak kesekolah, van akan jemput dia jam 7.00am. Lepas faiz ke sekolah, kami hantar anis ke Taska sebab dia belum mandi & makan. Masa tu jam menunjukkan 7.30am dan hubby menerima 1 lagi panggilan mengatakan mak dah tak ada... Innalillah hiwainna ilaihiraji'un... DariNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.... Aku terkedu & start crying... segalanya cepat sangat berlaku, aku tak sempat berada disisi mak disaat akhir hayatnya. Hubby tenang , dan berkata " Innalillah....Alhamdulillah.... Mak dah tak sabar nak jumpa Allah"


Kami Sampai ke Bangi jam 9.00am kerana jalan teramatlah sesaknya pagi ni sedari jalan Duta lagi.... Sesampai kami kesana, ramai sanak saudara telah berkumpul. Malangnya Bro-in-Law pun tak ada dirumah ketika itu kerana baru pergi Outstation ke JB hari Isnin semalam. Yang tinggal dirumah hanya Younger Bro In-Law, Wife Bro In Law (tuan rumah) dan 2 endon maid serta adik tiri mak yg sempat kesitu ketika mak nazak. Anak2 yg lain semuanya tak sempat , tapi kami redha diatas pemergian mak kerana kami amat belas kasihan melihat mak menderita... Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh mak dan ditempatkan disisi orang2 yg Soleh, Amin...


10.30am ~ mandi jenazah (dilakukan oleh anak2 & menantu ~ sebagaimana yg diwasiatkan)

12.00pm ~ jenazah bertolak balik ke Kampung di Tk Intan dengan Van Jenazah

2.30pm - 3.15pm ~ Jenazah dibawa kerumah utk saudara mara & sabahat taulan yg ingin memberi penghormatan terakhir

3.30pm ~ Jenazah dibawa ke Masjid berhampiran utk solat jenazah & dikebumikan


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar .

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

takziah buat kak SJ sekeluarga dan al fatehah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh

31/1/07 4:56 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

TQ nohachomel. Amin...

2/2/07 1:14 PM  
Blogger pB said...

takziah..

moga yang ditinggalkan , tabahkan hati...

6/2/07 2:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

alamak baru tahu berita ni, lama tak melawat rupanya ada berita sedih, takziah dari Am buat SJ sekeluarga

7/2/07 3:09 PM  
Blogger whitehorse2099 said...

u've been tagged!!!
view here www.whitehorse2099.blogspot.com

23/2/07 12:29 PM  

Post a Comment

<< Home