· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Wednesday, December 06, 2006

Mother In Law Hospitalised -Finally

3rd Dec 2006

9.00am : Pergi sekolah faiz, ambil report card dia. Parents kena jumpa HM personally .Aku gabra bila cikgu serahkan file kertas exam faiz. Boleh ke budak ni buat exam dia hari tu...?

Lepas dah belek satu persatu, aku dapati, faiz tak mengecewakan. Dia score semua subject dengan markah 90% keatas kecuali Sciece, dia hanya dapat 86%.
Aku dah janji dgn dia, kalau dia dapat No. 10 kebawah, dia akan dapat robot lagi. Malangnya HM dia tak gunakan system numbering utk Tadika ni... Cuma yg tertera dalam report card dia "Excellent". Aku Bersyukur... bila aku kira balik Overall Percentage dia, dia masih lagi above my expectation.. Well, you deserved the robot & I'll keep my promise. Congratulation my son !

11.30am : Orang kampung aku (anak2 murid mak mertua aku yg kebanyakkannya kawan2 sebaya mak aku) hari ni buat ROMBONGAN CIK KIAH kerumah brother in law aku di Bangi utk melawat mak mertua aku. Bukan calang2 rombongan, rombongan ni datang dengan sebuah bas , lebih kurang 44 orang semuanya termasuk my own mother. Nasib baiklah rumah B-I-L besar, kalau rumah aku, mungkin diorang terpaksa dok sampai ke tangga.

Akhirnya bila makcik2 ni nak balik, anak aku sekali kena angkut naik bas. Mak aku bawa mereka balik kampung lagi kerana aku tak dapat menjaga mereka & tak boleh hantar mereka ke Taska kerana aku tinggal di Bangi buat sementara waktu ni....

4th Dec 2006

My mother in law (M-I-L) finally requested to admit to Hospital. May be because she feel very sick & unable to sleep well everynight. Kebetulan hari Ahad lepas adalah giliran aku & hubby menjaga mak di Bangi. Malam tu kami tidur sebilik dengan mak. Bibik boleh lah tidur lena kat bilik dia sebab ada org jaga mak.

Mak kerap terjaga tengah malam, walaupun pasang kipas kuat, badan mak berpeluh2 macam org baru lepas berlari. Mak nak juga ke Toilet walaupun sudah dipakaikan pampers. Hubby lah yg mengangkat dan memimpin mak ketoilet, aku tak larat nak tolong dalam keadaan aku yg dah buyung ni. Tapi aku tolong jugalah sikit2 mana yg mampu. Baru jaga sehari, pinggang aku dah sakit sampai nak jalan pun sakit. Terpaksalah pula keklinik, ambik pain killer.

Malam tu mak kurang tidur. Bila terjaga, dia macam sedang berfikir sesuatu. Pagi2 pukul 4.00am, mak suarakan hasrat supaya menghantar dia ke hospital. Dia nak admit kehospital. Sebab katanya dia dah tak larat.... Keadaan mak semakin lemah, kalau didudukkan dan dibiarkan tanpa ditemani, mak akan tumbang kekiri @ kekanan. Langsung tak ada tenaga utk menongkat dirinya sendiri.

Seawal jam 6.40pagi, brother in law telah menghubungi Ambulan utk menghantar mak kehospital HUKM. Lebih kurang 7.30am, baru ambulan sampai.

5th Dec 2006

Aku tak sempat menziarahi mak hari ni sebab petang ni hujan & jalan jem teruk. Kat office je tersangkut sampai 20min tak bergerak2. Waktu melawat hanya setakat pukul 7.00pm. Mustahil aku boleh sampai Cheras dalam masa 20min. KL ni bila hujan, kat mana2 pun jem. Awal2 aku dah bagitahu bibik tak payah masak utk aku, aku balik lambat. Sejak aku tinggal kat bangi rumah Brother in law, hari2 aku sampai rumah pukul 10.00mlm.

6th Dec 2006

Hari ni keluar rumah awal sebab nak pergi ziarah mak sebelum pergi kerja. Tak sarapan kat rumah. Bibik nak buat sarapan , aku cakap tak payah. Basi air liur bibik , sejak semalam tak de org nak bercakap dengan dia. Aku ada cerita nak cerita pasal bibik ni, nanti aku buat posting tajuk "bibik oh bibik".... macam2 kisah... aiman tak kisah... tapi aku kisah !

Masa aku sampai spital 7.20am already. Nurse sedang menukar pakaian & cadar. Lepas dah siap semua barulah dapat jumpa mak. Mak makan sarapan yg diberikan (mee goreng) dengan selera. Seronok aku tengok mak makan. Memang berlainan sekali berbanding masa dok kat rumah. Nampaknya ada perubahan pada mak. Muka yg dulu dah kuning, sekarang dah merah. Suara yg dulu lemah sangat sekarang dah macam biasa. Mak kelihatan ceria, dah boleh sembang, senyum & ketawa. Aku bersyukur kerana kesihatan mak semakin pulih walaupun kanser mak memang tak boleh dirawat sepenuhnya. Walaupun tangan kiri & kaki kiri mak dah tak boleh bergerak lagi, tapi sekurang2nya mak selera makan utk menambah kembali tenaga & membina sel2 yg dah mati semasa rawatan Kemo.

Aku harap mak cepat sihat dan boleh balik kerumah diBangi semula . Nanti aku buat posting "Bibik oh bibik" yg penuh misteri ittew... hehehehe...

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Seronoknya kalau orang datang melwat seramai itu ya. Semuga semuanya selamat ya SJ

12/12/06 10:28 AM  
Blogger Puteri Satu said...

salam perkenalan...1st time visit blog nih...saya doa..semoga MIL akan selamat ya...doakan yang terbaik untuk dia....

22/12/06 4:34 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Am, Memang seronok kalau kita sakit ramai org datang ziarah. Tapi berlainan for MIL saya. Sekarang ni dia ditahap tak suka org ziarah dia. Kadang tu kesian org kg/sedara mara dtg dari jauh, tapi dia tak nak ckp & tunjukkan sour face dia kat org. Mungkin sekarang dia rasa rendah diri dgn keadaan dia yg sudah tidak berguna & bermaya. Wallahualam.

puterisatu,
salam perkenalan to u too. Terima kasih kerana mendoakan MIL saya.

26/12/06 1:12 PM  

Post a Comment

<< Home