· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Friday, January 12, 2007

Faiz's First Day -3hb Jan 2007

3hb Jan 2007 - Faiz's first day at school (tahun 1)


Sekolah Pagi (Kafa)


Aku yg berdebar...anak nak masuk tahun 1. Aku tengok faiz relax je... susah sikit dia nak bangun pagi.. jenuh aku kejutkan. Kelam kabut juga dibuatnya sebab van datang awal. Pukul 7.00 pagi dah sampai . Lepas faiz pergi sekolah, aku , hubby & anis menyusul kesekolah faiz utk perhatikan dia. Mula2 tu aku tercari2 manalah anak aku.. Kesian pun ada, bila tengok budak2 lain dtg dgn ibubapa, anak aku pergi naik van sekolah hari pertama. Tapi lepas puas mencari, aku tengok faiz tercangak2 sorang2 , muka monyok je.. aku panggil dia & tanya kenapa.. dia kata nama dia tak ada kat senarai nama yg diletakkan ditepi kelas.


Aku sayu dengar dia cakap mcm tu..rupanya anak aku sedih, nama dia tak ada... tapi dia tak tahu yg dia dah tengok kat tempat yg salah.. Dia sendiri pun tak ingat dia kelas apa.. Sebenarnya dia didalam kelas 1 Saidina Ali. Tapi dia pergi tengok kat kelas saidina yg lain... memang x de nama dia. Lepas aku dah bagitahu dia, dia pun lega. Ceria balik mukanya. Lepas beratur & masuk kelas, aku tunggu dikantin sekolahnya sampai waktu rehat. Aku bekalkan faiz duit syiling, konon senang utk dia beli makanan. Tapi lain pulak yg jadi. Memang salah aku, last minute baru ajar anak guna duit. Faiz tak berapa pandai guna duit. Terhegeh2 dia mengira duit waktu nak beli makanan. Aku tengok je dari jauh. Tapi lama sangat dia disitu, lalu aku pun pergi menghampirinya. Suara dia perlahan, pakcik jual makanan tu x dengar pun suara dia. Sejak bila pulak anak aku jadi pemalu nih... aisey...faiz ckp la kuat sikit... akhirnya aku yg bayarkan utk faiz. Masa faiz sedang makan nasi lemak yg aku belikan tadi, meleleh air mata aku mengenangkan nasib anak aku ni... dia antara yg terakhir sekali dapat beli makanan. Bila dah beli, tempat duduk pula dah penuh, tercangak2 nak cari tempat duduk. Kesian sangat aku tengok dia. Nasib baik aku ambik cuti harini... kalau tidak x tahulah apa nak jadi kat anak aku.


Sekolah Petang (Kebangsaan)


Van juga yg hantar anak aku... aku tak pergi tengok pun macammana 1st day dia kat sekolah. Aku kat rumah,keletihan sebab sidang pagi tadi banyak berdiri & balik pun dah tgh. Kaki aku pun dah membengkak. Lebih kurang 3 ptg, aku pergi semula kesekolah faiz utk tengok dia waktu rehat. Macammana lah gayanya budak ni... retike dia guna duit.... Aku tak risau pasal lain, aku cuma risau, makan ke tidak anak aku ni.... Bila aku & hubby sampai ke sekolah, budak2 tahun 1 dah pun kerumun dikantin. Terlewat beberapa minit je...jenuh nak cari faiz. Sebab semuanya serupa je. Murid tahun 1 tahun ni seramai lebih 500 org. Bayangkan dalam 500 org tu, nak cari anak kita sorang.... last2 jumpa juga. Masa tu faiz dah berjaya beli vitagen. Aku tanya dia, kenapa beli air lagi, kan mama dah bekalkan air. Faiz belilah makanan. Lepas tu baru dia kata nak burger, nak sosej... lapar le tu... kesian juga, tapi at least dia tak nangis macam budak lain.. ada murid yg parents x datang. Menangis sorang2 kat tepi sekolah, tepi longkang, tepi kantin... kesian sangat aku tengok..sampai hati mak bapak diorang buat macam tu kat anak.


Budak2 zaman sekarang berani , cepat dapat kawan & tak kisahpun kalau mak bapak tak tunggu kat sekolah. Aku dulu, siap sesat lepas pergi toilet, cari kelas tak jumpa. Last2 nangis sorang, balik rumah jalan kaki. Sib baik rumah dekat je dgn sekolah. Bila sampai rumah, ayah aku hantar aku pergi sekolah semula naik moto...kelakar...

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

zaman kita dulu takde pak guard, la ni kalau sesat x jumpa kelas pun, pak guard tu boleh tolong bawakan. takdenya dia nak bagi kita balik...hehehehe...kelakar.

14/1/07 11:41 AM  
Anonymous Anonymous said...

di sekolah anak Am rasanya ada dua aja yg menagis hehehe, anak Am pun cepat sahaja dapat kawan.

Hari pertama Am join dia tapi hari kedua Am perhatikan dari jauh sahaja, dia pun tak perasan Am ada kat situ, bukan apa nak dia supaya berdikari.

16/1/07 10:35 AM  
Blogger Puteri Satu said...

dah sekolah pun anak kan....kita ni baru je peknen....sabar jekla

16/1/07 5:02 PM  

Post a Comment

<< Home