· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, December 26, 2006

Pindah Rumah Tangga..hehehe

12th Dec'2006 - Tuesday
Mak dah boleh discharge hari ni. Tapi sebelum discharge, mak kena buat Bone Scanning & Brain Scanning. Mak juga disuruh berpuasa half day utk menjalani kedua2 scan tersebut.
Sebaik mendapat berita mak boleh discharge hari ni, kamipun membuat tempahan katil seperti hospital bed utk kegunaan mak dirumah. Mak sekarang dah tak mampu duduk lagi. Hanya terbaring & terlantar tanpa boleh berbuat apa2.
Balik kerja, aku dapati mak dahpun ada dirumah (Bangi). Kakak ipar aku yg membawa mak balik. Tapi keadaan mak sangat sukar & lemah, sehingga tak mampu makan & minum. aku tak pernah tengok mak lemah seperti itu. Katanya dia letih sangat kerana 2 scan yg dijalankan serentak dan dalam keadaan berpuasa. Setelah itu, terpaksa menempuh perjalanan pulang kerumah pula. Segalanya amat lelah baginya.
Masa mak tiba dirumah, katil yg ditempah tak kunjung tiba lagi. Janji pukul 6.00pm org tu nak hantar, tapi pukul 9.00pm baru datang. Setelah semuanya selesai, mak pun tidur lah diatas katil yg baru dibeli , sama macam katil kat hospital.
13/12/06 - Wednesday
Pagi2 lagi aku dan hubby dah siap nak pergi kerja macam biasa. Tapi setelah aku panaskan enjin kereta, hubby tak juga keluar2. Akhirnya jam menunjukkan pukul 8.00am. Dah lambat dah ni. Patutnya pukul 7.00am dah keluar. Akhirnya hubby bagitahu aku yg maknya tak bagi dia pergi kerja harini..melihatkan keadaan mak yg sgt lemah , kami pun batalkan hasrat nak pergi kerja harini. Walaupun cuti tahunan aku dah -ve 2 (hutang 2 hari utk tahun depan).
Kata mak, kalau pergi kerja pun, tgh hari nanti suruh balik. Bukan senang dan dekat nak balik. Lagipun lunch hour 1 jam je, mana sempat nak balik ... Berat juga hati nak pergi kerja, sebab kata org tua2, org sakit ni , kalau buat permintaan tu, ikutkan aje...takut nanti nyesal tak sudah. Manalah tahu , permintaan terakhir... so, aku redha cuti aku burn 1 hari.. aku try negotiate dgn boss supaya cuti aku tu consider unpaid leave.... tak kisah lah potong gaji, asal jgn berhutang utk tahun depan....
14/12/06 - Thursday
Aku & hubby sepatutnya balik semula ke rumah kami setelah "tuan rumah" balik dari outstation (Bro in law & wife). Kami memang bercadang nak balik kerumah sebab dah lama tinggalkan rumah hampir 2 minggu. Tapi MIL aku tak benarkan, alasannya dia nak hubby aku yg menjaganya... Dek kerana tak sampai hati lagi, kami memutuskan utk tinggal disitu (bangi) sehingga 28/12/06 beberapa hari sebelum buka sekolah. Nanti kalau dah buka sekolah, tak dapek lagi den nak tolong sebab faiz nak naik tahun 1 dah.
Selama aku tinggal di Bangi ni, malam sering tak cukup tidur (maklumlah, namanya pun jaga org sakit...). Siang dah keletihan pergi kerja. Bibik boleh tidur lena sebab aku & hubby volunteer nak jaga mak waktu malam. Kadang2 aku rindukan rumah aku....
16/12/06 - Saturday
Pergi shopping perabih duit utk persediaan faiz masuk tahun 1...segalanya settle hari ni kecuali pakaian seragam sekolah KAFA. Berebut2 makcik2 & kakak2 nak beli baju sekolah & kasut sekolah anak2 kat Mydin Subang Jaya... Aku tak rela dan tak sanggup lagi nak mencelah...baikle beli kat tempat lain je.... Habis shopping & balik rumah kami -sampai pukul 5.00ptg. Balik rumah yg kurindu2... home sweet home.. terus pengsan sampai pukul 6.30pm.
17/12/06 - Sunday
Masa aku tgh masak lunch, aku dapat sms dari kakak aku yg mengatakan father in law dia passed away ... entah kenapa, aku sedih sangat sampai nangis... Aku tak sempat nak ziarah dia last week masa aku balik kg sebab hubby & anis tak sihat. Asyik berulang ke klinik je sebab anis demam panas.
Pukul 4.00ptg, huby decided nak balik kg ziarah keluarga simati. Kami sampai kg pukul 7.00mlm, lepas 1 jam kami pun balik kerumah mak aku utk mandi manda, solat maghrib & makan malam. Lepas tu around 10.00pm, balik semula ke KL.
21/12/06 - Thursday
Malam ni nampak macam telinga MIL dah jatuh . Bukan jatuh ke lantai, tapi kata org tua2, dah ada tanda nak meninggal dunia (cuping telinga jatuh melepek kebelakang). Aku dan hubby serba salah nak balik kerumah kami malam ni.. takut nanti jadi apa2 hal... so, bro in law kata, pergi lah balik.. anything, he will call us. ding dong ding dong, sampai pukul 11.30 malam baru bertolak balik. Sebenarnya esok pagi2 faiz ada ujian di sekolah kebangsaan dia utk pelajar tahun 1. Cikgu nak tentukan kelas, kena buat exam dulu.
Sampai rumah dah lewat, terus tidur tak sedar diri..keletihan.
22/12/06 - Friday
Bangun lambat - 6.30am. Kelam kabut nak iron baju sekolah faiz. Tiba2 trip pulak...apasal la pulak ni.. something wrong ke dgn iron ni.. tiba2 rumah aku blackout... nak on balik main switch tapi x boleh. Akhirnya cari candle je... baju tak jadi nak gosok. Dgn anis yg terhegeh2 nak mandi lagi, semuanya serba tak kena ...
Aku suruh faiz pakai baju biasa je, sebab x dapat nak gosok baju sekolah dia. Nasib baik hubby berkeras suruh pakai juga baju x bergosok tu... bila pergi sekolah, semua budak2 pakai baju sekolah lengkap dgn beg lagi... nasib baik hubby berdegil, kalau tidak, tentu kami balik semula kerumah utk tukar pakaian faiz. Anak aku yg sempoi, takyah bawa beg sekolah. Hanya bawa pencil box sudah memadai utk dia ambil exam.
Selepas tu ada taklimat utk ibu bapa... aku tak tahulah, dari 3 org cikgu yg bagi taklimat hari tu, semuanya seperti dah bagi "hint" lepas tangan .... Kalau ada apa2, jgn salahkan cikgu.. kalau itu bla-bla-bla, jgn salahkan cikgu.. kalau ini bla-bla-bla, jgn salahkan cikgu... ye lah tu, semuanya salah murid dan keluarga mereka.... hahaha.... baik takyah dengar taklimat... hampeh !

4 Comments:

Blogger Puteri Satu said...

askum...segala-gala didalam perancangan tuhan...bila sampai waktu dan ketikanya...kita tak bleh menahan walu dengan apa cara sekali pun..tapi saya tetap akan doakan yang terbaik untuk MIL awak...ya...banyakkan bersabar dan berdoa...

26/12/06 5:03 PM  
Anonymous Anonymous said...

sabar eh kak SJ, dan berhati2 dlm setiap langkah, akak dah sarat nih...

26/12/06 6:02 PM  
Blogger Mama Emmy said...

SJ, aku tumpang simpati di atas apa yang berlaku pada kau & hubby... mungkin ada hikmah disebalik semua nih... mungkin Allah nak kau & hubby lebih tabah menghadapi segala kemungkinan dan bersedia bila ia berlaku...

Aku doakan yang terbaik utk kau & hubby & family... semoga segalanya diredhai Allah...

SJ, banyakkan zikir dan berdoa ya... jgn mengeluh... ini semua pelaburan utk akhirat, insyaAllah!!

Faiz sekolah kat SKTP ke... kenapa cikgu2nyer begitu ek...

27/12/06 2:13 PM  
Anonymous Anonymous said...

Banyak berita sedih ya Sj, semua itu dugaan, semua Mak metua akan sembuh ya.

Am masa taklimat anak Am, lebih kurang macam itu juga hehehe, sabar sahajalah

11/1/07 2:34 PM  

Post a Comment

<< Home