· · · · · · · · · Click here to make Falling Objects · · · · · · · · · · · · · · ·

Tuesday, August 02, 2005

Anis Bertindik

Hari sabtu lepas (30/7/2005) , lepas naik komuter, kiteorang gi jalan2 jap kat pekan... entah camana aku ternampak satu kedai jual subang. Maka aku pun ajak hubby masuk & mencadangkan supaya telinga anis ditindik.... memula tu dia ok lagi. Dia pun tak tahu le apa agaknya mama buat kat kedai ni, nape mama riba anis, & napa auntie cina tu dok sembur spray kat telinga anis....sejuk aje rasanya bila dia spray telinga anis.... pastu ngapa macam ada sejenis pistol kat tangan auntie tu? ape dia nak buat dengan pistol tu yer? agaknya itulah yg bermain difikiran anis pd masa tu...
Bila cina tu dah tembak sebelah, maka aku tengok merah telinga anis... menangis sakan... terjerit2 .. kesian pun ade. Tapi aku pujuk dia macam2 pun x mahu gak diam. Cina tu pun bagi mainan macam2 kat dia, nak suruh dia diam... dia tak heran... aku tak dapat bayangkan sakitnya.. sebab aku dulu tak de tembak2 cam ni... aku dulu manual tebuk , lagi power... power rangers....
Bila cina tu nak tembak lagi sebelah, anis dah tahu, so dia tak bagi cina tu dekat dengan dia... dia meronta2 sampai aku pun tak mampu nak pegang dia... akhirnya, bantuan dari babah, dan seorang pembantu berbangsa india diperlukan, disamping cina yg nak tembak tu sekali, menjadikan jumlah 4 org..... bayangkan, budak umur 2 thn setengah kena pegang sampai 4 org... kuat betul rontaan dia... menjerit sakan jgn cakaplah.. semua org lalu kat kedai tu heran apasal 4 org pegang budak ni..... rupanya nak kena tindik telinga.... Lepas tu aku bawa dia pergi kedai sebelah, org kat kedai tu pun kata , tadi kakak dengar adik nangis... kuatnya adik nangis...

6 Comments:

Anonymous Anonymous said...

kak, citer dgn saya yek perkembangan anis lepas ditindik ni, sebab anak saya pun 2 tahun setengah, ingat nak tindikkan dia, tapi tak tau camne nak handle lepas bertindik tu, sebab dia kecik lagikan?..

3/8/05 1:59 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

lepas tu , three lah...ahaks! sebenarnya tak de apa2 nak dibuat lepas bertindik. First day tu je akak letak minyak, pakai cotton bud, pas tu tak pernah buat apa2 pun.Alhamdulillah takde jangkitan..anis pun takut nak sentuh telinga dia...

3/8/05 2:15 PM  
Anonymous Anonymous said...

dia suka tak pakai subang..kot2 pasni jadi anak dara sungguh (hari2 mengadap cermin tengok subang di telinga dia)..
mak mah dan mak piah nak pi kl hjg mggu ni depa dah habaq ke belum..

3/8/05 2:20 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

tunteja, org lain dah berpuluh kali dtg rumah aku, hang biler la pulak? Pasal anak dara aku, hang kena baca le kitab ni ...macam2 ada!hihihi.....

4/8/05 11:26 AM  
Anonymous Anonymous said...

insyaallah klu takde aral cuti lepas merdeka nanti sampai la..cni cuti 4 hari..nak pi cari kain di kl.

7/8/05 2:17 PM  
Blogger Selipar Jepun said...

Jauhnya hang cari kain...kat Amerika Sykt tu tak dak kain ke tak cukup kain? aku pun balik cari kain kat kg.. peh tu aku beli baju raya aku kat pasar malam kat umah je. Peh tu baju raya laki & anak2 aku cari kat Nagoya-Jepun. Jauh kan.. hehehe..

9/8/05 12:51 PM  

Post a Comment

<< Home